PROFESSIONAL DIPLOMA IN SECRETARIAL & OFFICE MANAGEMENT (PDSOM)
Misi seorang Setiausaha adalah meningkatkan prestasi dan cabaran bagi tahun 2020 adalah untuk menyatukan Setiausaha di rantau ini agar membolehkan mereka mencapai kecemerlangan dan memajukan diri dengan latihan pentadbiran pejabat dan kesetiausahaan.  Bukan mudah bagi memastikan keselesaan seorang Ketua.  Sebagai seorang pembantu kepada Ketua, setiausaha perlu memastikan mereka sentiasa menepati masa untuk setiap temujanji.  Juga mempunyai maklumat yang tepat dan terkini dari masa ke semasa berkenaan perkara yang berlaku di pejabat.
 
Didalam bengkel ini juga, para peserta akan belajar bagaimana untuk mengurus pentadbiran pejabat dengan cemerlang walaupun berdepan dengan situasi yang sibuk dan sukar setiap hari.  Selain dari itu, setiausaha juga akan mengetahui bagaimana untuk membina keyakinan diri, meningkatkan kemahiran berkomunikasi, berurusan dengan orang yang sukar, mengurus situasi negatif dan beberapa perkara dan modul-modul yang lain yang akan memberi impak dan  berkualiti tinggi.
 
OBJEKTIF PROGRAM
  • Mempunyai Inspirasi dan berdaya kuasa untuk “Go Ahead”
  • Menjadi lebih proaktif serta meningkatkan kemahiran agar dapat menyumbang kepada kecermelangan Ketua anda
  • Mengurus dan menonjolkan imej yang baik untuk diri anda sendiri
  • Mewujudkan kesedaran untuk menetapkan matlamat bagi pembangunan diri
  • Mampu mengurus kakitangan pejabat dengan berkesan
  • Meningkatkan imej dan keyakinan diri
 
MATLAMAT PROGRAM
  • Belajar bagaimana untuk mendapatkan pengiktirafan dan penghormatan sebagai seorang jurucakap kepada Ketua melalui keyakinan diri dan memahami tugas dan tanggungjawab mereka.
  • Memahami betapa pentingnya untuk memperoleh dan mempelajari kemahiran yang baru bagi meningkatkan prestasi dan produktiviti  di tempat kerja dan di dalam kehidupan.
  • Memahami halatuju industri dan bagaimana untuk kekal berdaya saing dan menambah nilai kepada tugasan dan kehidupan seharian.
  • Belajar bagaimana untuk memaksimumkan potensi, menghadapi cabaran, dan mempunyai motivasi yang tinggi didalam mencapai kecemerlangan untuk setiap tugasan.
  • Memahami kelebihan imej diri dan menyesuaikannya dengan budaya kerja di organisasi anda.
  • Mampu mengamalkann gaya profesional dan penampilan yang menarik di khalayak ramai.
  • Dapat menyempurnakan keperluan dan mampu berkomunikasi dengan baik dan cekap.
 
SASARAN PENYERTAAN
  • Pembantu peribadi, Setiausaha, Penolong Eksekutif, Pentadbir, Pentadbir Profesional, dan Staf Sokongan.
  • Terhad kepada 30 orang untuk setiap sesi (maksimum).
 
KAEDAH PROGRAM
  • Penyampaian secara Interaktif, aktiviti berkumpulan, tugasan individu, latihan praktikal dan demonstrasi.
  • LULUS SPM
  • BERUMUR 21 TAHUN DAN KE ATAS
  • MEMPUNYAI PENGALAMAN KERJA 3 TAHUN DAN KE ATAS
  • 3 SEMESTER (12 BULAN)
  • SETIAP HARI SABTU SAHAJA
  • SEBULAN 3 KALI KELAS
  • KELAS DI BANDAR BARU BANGI
PROFESSIONAL DIPLOMA IN SECRETARIAL & OFFICE MANAGEMENT (PDSOM) – UTMsPACE
  • TUNAI
  • ANSURAN
  • KWSP
  • HRDF

Berikut adalah pecahan yuran pelajar :-

  • Yuran Permohonan UTMsPACE – RM100 (perlu bayar selepas buat permohonan)
  • Yuran Daftar Universiti – RM500 (perlu bayar selepas diberi surat tawaran)
  • Yuran Kursus – RM9200 (Tunai/Ansuran/KWSP)