Recover your password.
A password will be e-mailed to you.
Diploma Industri

Yuran Melalui
KWSP atau Pinjaman Pendidikan
Kelas Secara Campuran Fizikal dan Online
Sebulan 2 kali Sahaja
Pengajian Di Pusat Pengurusan
CMI UTMSPACE BANDAR BARU BANGI SELANGOR DAN KOTA KINABALU SABAH
DIPLOMA PROFESIONAL PEMBINAAN
Industri pembinaan di Malaysia sedang berkembang pesat dengan pembinaan bangunan serta infrastruktur yang moden. Sehubungan dengan itu, pengetahuan secara teperinci mengenai komponen-komponen binaan bangunan dan kejuruteraan awam adalah sangat penting. Program Diploma Profesional Pembinaan ini direka khas untuk memenuhi keperluan kontraktor melalui penerapan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi selari dengan situasi semasa industri pembinaan. Program ini amat bersesuaian bagi usahawan binaan, penyelia projek, penyelia keselamatan dan kesihatan, juruanggar dan penyelenggara binaan.
OBJEKTIF
Memperluaskan pengetahuan, kemahiran, dan kompetensi personel yang terlibat dengan projek-projek pembinaan.
Melahirkan kontraktor-kontraktor yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam pengurusan projek pembinaan.
Meningkatkan golongan usahawan yang kompeten di sektor pembinaan.
SYARAT KEMASUKAN
Calon yang memohon hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut:
- LULUS SPM
- Mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman kerja dalam Apa – Apa Bidang
- Berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada tahun permohonan dibuat
MODUL PEMBELAJARAN
- Teknologi Binaan (Bangunan)
- Teknologi Bangunan (Kemudahan Bangunan)
- Prosedur Kontrak dan Amalan
- Penyeliaan dan Pemantauan Projek
- Teknologi Bangunan (Kejuruteraan Awam)
- Projek Bersepadu
- Peranggaran Kos Projek (Bangunan)
- Peranggaran Kos Projek (Kejuruteraan Awam)
- Keusahawanan Dalam Pembinaan
- Penjadualan Sumber
- Keselamatan dan Kesihatan
- Pengurusan Projek
SASARAN PESERTA
- Kontraktor yang ingin memantapkan pengetahuan di bidang pembinaan.
- Staf profesional dan kakitangan di syarikat pembinaan.
- Usahawan / bakal usahawan yang berminat di dalam bidang pembinaan.
Jangka masa Pengajian : 1 tahun @ 3 Semester
Jumlah Jam Kredit : 90 jam kredit
Yuran Pengajian : RM 9,800.00
- Pelajar boleh memohon untuk mengeluarkan wang daripada Akaun Kedua – KWSP untuk pembayaran yuran pengajian selepas menerima tawaran pengajian bagi program ini.
- Pelajar juga boleh memohon pinjaman Pendidikan dibawah Bank bagi membiayai yuran pengajiaan