01110040387

Tugas Seorang Safety And Heath Officer ( SHO). dan cara mahu sertainya

Tugas Seorang Safety And Heath Officer ( SHO). dan cara mahu sertainya

Kerjaya sebagai seorang Safety and Health Officer atau singkatannya SHO. Apa dia SHO ini?

Mungkin anda selalu mendengar rakan rakan anda bercakap tentang SHO atau anda pernah membaca tentang nya. Tetapi anda masih tidak faham apa itu SHO. jom saya terangkan. artikal ini panjang baca dengan teliti…

Apa Maksud SHO?

SHO = Safety, Health Officer atau Pegawai Keselamatan dan Kesihatan.

Apa tugas Seorang SHO?

Seorang SHO bertugas untuk dipertanggungjawabkan oleh syarikat/badan-badan kerajaan/pertubuhan untuk menjaga keselamatan pekerjaan dan kesihatan pekerja ketika berada di tempat kerja.

Seorang SHO perlu merancang, memantau dan menganalisa pematuhan keselamatan mengikut piawai undang – undang kerajaan dibawah Jabatan Keselelamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP). Seorang SHO juga akan menjadi wakil syarikat atau organisasi untuk berurusan dengan pihak berkuasa JKKP.  jika pihak JKKP membuat tinjauan untuk tujuan pemeriksaan, audit atau apa sahaja dalam bidang kuasa JKKP, SHO lah pegawai yang akan bertanggungjawab mewakili syarikat atau organisi

dan jika berlaku kemalangan, SHO lah yang perlu melakukan peranan dalam membantu siasatan pihak JKKP dan menambah baik sistem keselamtan dan kesihatan ditempat kerjanya.

Dimana seorang SHO bekerja?

SHO ini bekerja dan ada di pelbagai sektor antaranya sektor Pembinaan, Sektor kesihatan seperti hospital, sektor gas dan minya sektor perkilangan dan banyak lagi.

 

Bagaimana Ingin Menjadi seorang SHO?

SHO merupakan jawatan yang berkompentasi. jawatan ini terletak dibawah akta JKK –

Berdasarkan kepada peruntukan undang-undang 29(3) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 yang mana menyatakan bahawa pegawai keselamatan dan kesihatan hendaklah di ambil kerja semata-mata bagi maksud menjamin pematuhan wajar di tempat kerja dan penggalakkan penjalanan selamat kerja di tempat kerja. Manakala di bawah peruntukan undang-undang 29(4) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 yang mana menyatakan Pegawai Keselamatan dan Kesihatan memiliki apa-apa kelayakkan atau telah menerima apa-apa latihan yang ditetapkan oleh Menteri dari semasa ke semasa melalui pemberitahuan Warta.

Di bawah peraturan ini Seorang SHO perlu berdaftar dengan Ketua Pengarah JKKP. untuk berdaftar perkara ini perlu ditempuhi dahulu :

  1. Mengambil Kursus (3 jenis kursus boleh dipilih)
    1. Kursus SHO 22 hari dengan SPM – wajib  Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu kredit atau 6C minima)    atau
    2. Kursus SHO 22 hari dengan menggunakan Diploma apa apa bindag dan ke atas atau
    3. Mengambil DIPLOMA yang berdaftar dengan DOSH dan MQA (Jangak MASA 4 tahun)
  2. Selepas menghadiri kursus anda perlu mengambil peperiksaan di NIOSH sebanyak 4 jenis kertas. bagi Diploma yang mendapat pengiktirafan DOSH secara terus tidak perlu mengambil peperiksaan ini.
  3. Selepas anda berjaya lulus 4 kertas peperiksaan SHO di NIOSH anda boleh bekerja sebagai pembantu pegawai keselamatan dan kesihatan pekerja namun anda belum di iktiraf sebagai seorang yang kompeten
  4. Selepas mengumpul pengalaman selama 3 tahun anda boleh memohon sebagai seorang SHO yang bertauliah dan kompeten. ada akan di beri dokumen pengesahan yang dikenali sebagai GREEN BOOK. atau buku HIJAU.

 

Perjalanan untuk menjadi seorang SHO memang panjang tetapi gajinya memang berbaloi. walaupun tiada had gaji minima rasmi kebanyakkan fresh entry bergaji basic RM 3 ribu. jika telah memiliki Green Book dengan prestasi yang cemerlang dalam masa 3 tahun boleh dapat minima RM5ribu!

dimana ada Usaha disitu ada jalan!

 

Leave a Reply