01110040387

Tiada Istilah Sudah Terlambat Selagi Nyawa Dikandung Badan.

Tiada Istilah Sudah Terlambat Selagi Nyawa Dikandung Badan.

Tiada Istilah Sudah Terlambat Selagi Nyawa Dikandung Badan.

 

Petang tadi seorang bakal pelajar program Diploma Profesional Pengurusan Keselamatan dan kesihatan kendalian Cerna Minda dibawah UTMspace hubungi saya. beliau ingin berbual dengan saya. umurnya telah cecah 43 tahun. dia rasa seperti telah terlalu tua dan terlambat untuk menyambung pelajarannya.

pada dia apa lah yang boleh dia capai dalam umur 43 ini. Suaranya seperti mengharapkan sokongan.

saya tidak respon terus, saya bertanya tentang latar belakangnya dahulu, beliau seorang site supervisor. Pengalaman sebagai seorang supervisor telah cecah lebih 15 tahun. Tetapi disebabkan dirinya hanya ada SPM. Beliau merasakan pengalamannya hanyalah setakat supervisor. Kenaikkan pangkatnya telah maksima atau Bahasa mudah dah langgar dinding. Gajinya telah statik.

Saya dengar penuh minat tanpa mencelah. Setelah dia selesai bercerita barulah saya memberi respon.

“Tuan, pengalamana tuan selama 15 tahun itu bukan lah sia – sia!, tuan sebenarnya boleh dikatakan seorang pakar didalam menjalankan tugas supervisor. Cuma bagaimana tuan mahu menterjemahkan kepada pengiktirafan sahaja!” dia diam dan dengar pula tanpa mencelah

“ Sekarang dengan Izin Allah tuan dipertemukan rezeki untuk menyambung pelajaran sehingga graduasi. Tuan ambil exam kompentasi untuk upgred jadi SHO moga – moga tuan Berjaya dan jika Berjaya tidakkah 15 tahun pengalaman tuan itu menjadi profile kerjaya tuan??”

saya juga kongsikan kisah kerjayaan bekas pelajar dibawah CERNA MINDA. Saya panggil beliau Pak Yus.

Pak Yus umur 43 tahun semasa mendaftar belajar dengan CERNA MINDA. Beliau adalah seorang pengawal keselamatan di tapak pembinaan.

Walaupun umur 43 tahun beliau seorang yang bersungguh dan tekat tinggi. Didalam kelas di momokkan oleh rakan kelas kerana banyak tanya dan tanya berulang kali. Tetapi akhirnya dialah pelajar yang paling cemerlang!

 

Pak Yus Dan rakan rakan semasa Sebagai pelajar di CERNA MINDA SDN BHD

 

Sekarang Pak Yus bertugas sebagai seorang SHO. Bangga sungguh ketika Pak Yus hubungi saya dan bercerita tentang pencapaian beliau dan tempat kerja beliau. Gajinya juga boleh tahan dari hanya 1200 sebulan kini mencecah 6000 sebulan. Itulah Pak Yus.

Jadi saya menutup perbualan dengan bakal pelajar tadi dengan ayat

“ Tiada istilah sudah terlambat selagi nyawa dikandung badan”

Leave a Reply