fbpx

Tahniah Atas Peranan Majikan Melaporkan Kemalangan

Majikan dalam bidang Pertanian, Perikanan dan Perhutanan makin sedar hal kemalangan.

Tahap kesedaran peranan majikan melaporkan kemalangan di tempat kerja itu semakin meningkat dengan nyata berdasarkan angka yang dicatatkan secara rasmi.

0 127

Peranan majikan melaporkan kemalangan dipuji apabila angka pelaporan pada tahun 2017 menunjukkan peningkatan. Perkara ini ditekankan ketika lawatan kerja Timbalan Menteri Sumber Manusia merangkap Pengerusi Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP); YB Dato’ Mahfuz Omar ke Pendang.

Ketika merasmikan program Seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di Sektor Pertanian, Perikanan dan Perhutanan 2018, Dato’ Mahfuz Omar mengingatkan majikan dan pekerja agar sentiasa menerapkan amalan budaya pencegahan kemalangan di tempat kerja bagi menurunkan kadar kemalangan pekerjaan.

Ini kerana ianya dapat memberi impak positif kepada negara dan menunjukkan bahawa bekerja di Malaysia adalah selamat dan sihat sekaligus dapat meyakinkan pelabur-pelabur luar untuk terus membuat pelaburan perniagaan di Malaysia. Peranan majikan melaporkan kemalangan di tempat kerja menandakan majikan bersedia untuk bergerak maju ke hadapan dengan memperbaiki kelemahan yang ada.

Pelaporan kemalangan di sektor pertanian, perikanan dan perhutanan pada tahun 2017 telah menunjukkan peningkatan laporan kepada 2,589 kes berbanding 2,359 kes pada tahun 2016. Ini bermakna tahap kesedaran peranan majikan melaporkan kemalangan di tempat kerja itu semakin meningkat dengan nyata.

Program yang dianjurkan oleh Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) ini bertujuan untuk menghebahkan maklumat terkini berkaitan isu-isu keselamatan dan kesihatan di sektor pertanian, perikanan dan perhutanan, serta mempromosi pembentukan dan pemeliharaan budaya kerja selamat dan sihat dalam kalangan majikan, pekerja, dan orang awam.

 

Peranan Majikan Melaporkan Kemalangan

 

+++++++++++++++++
RUJUK GARIS PANDUAN BERIKUT SUPAYA MEMAHAMI PERANAN MAJIKAN MELAPORKAN KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA
+++++++++++++++++

Download garis panduan keselamatan dan kesihatan bagi kemalangan di sektor perikanan.
Download garis panduan keselamatan dan kesihatan bagi kemalangan di sektor pertanian.
Download garis panduan keselamatan dan kesihatan bagi kemalangan di sektor perhutanan.

Perkembangan ini amat membanggakan kerana 3 sektor terbabit mengikuti rapat kemalangan di sektor pengilangan.Walaupun kelihatan tidak popular dan kurang dikaitkan dengan hal-hal risiko di tempat kerja seperti di tapak pembinaan, kawasan pertanian, perikanan dan perhutanan juga mengundang bahaya yang banyak. Menurut rekod tahun 2013, sektor pengilangan mencatat bilangan kematian tertinggi dalam statistik. Ini diikuti sektor pertanian, perhutanan dan perikanan.

Mendapat berita lebih ramai sudah sedar akan peranan majikan melaporkan kemalangan ini ibarat khabar gembira untuk melihat kadar kemalangan menurun di masa hadapan.

Leave A Reply