Statistik Sektor Pembinaan: Membangun Dengan Korban?

Statistik Sektor Pembinaan untuk Suku Pertama 2018 begitu memberangsangkan. Ini menandakan pembangunan Negara Malaysia semakin melaju. Projek-projek pembinaan yang rancak menandakan kadar pertumbuhan negara yang memuaskan.

Statistik Sektor Pembinaan 2018

Fakta Suku Pertama Tahun 2018. Statistik Sektor Pembinaan menunjukkan pembinaan kekal berkembang pada kadar 5.3% dengan nilai projek pembinaan mencecah RM36.5 Billion. Perkembangan ini dipacu oleh sektor binaan swasta sebanyak 56.4%. Menuju 2019, Malaysia sedang bersedia untuk menerima suntikan modal yang bakal merancakkan lagi aktiviti pembangunan ini.

(http://www.cernaminda.com/kerja-kosong-site-safety-supervisor-laris/)

 

 

 

 

 

Apabila projek-projek pembangunan semakin dipacu ke hadapan menuju 2019, ada seperkara yang dirisaukan. Tanpa menolak perkara positif yang dilihat melalui Statistik Sektor Pembinaan 2018 ini, namun, masih ada beban di pundak yang memenatkan pemikiran.

Ya! Jumlah kemalangan yang berlaku seperti tidak nampak gaya untuk berkurang.

Sedih melihat angka-angka yang memilukan hati melibatkan kematian di tempat kerja. Bayangkan, dalam tempoh masa 1 bulan sudah 1o kes kematian dilaporkan. Belum lagi kes-kes kemalangan lain. 1 dari 5 kes kematian pada tahun-tahun lepas direkodkan berlaku di kawasan tapak pembinaan.

Bercakap tentang kawasan tapak pembinaan sahaja sudah cukup menyebabkan jiwa tercalar dan terhiris duka. Terlalu banyak berlaku kemalangan yang tak boleh dimaafkan. Ini semua berpunca daripada kecuaian dan sikap sambil lewa yang diamalkan para pekerja dan penyelia . Lebih menyedihkan apabila majikan sendiri turut culas dan menitikberatkan soal keselamatan.

Kemalangan Maut Di Tempat Kerja
http://www.cernaminda.com/10-kemalangan-maut-di-tempat-kerja-kurang-30-hari/

kemalangan di tempat kerja

 

Apakah ini harga yang perlu dibayar untuk mengecap kemajuan? Wahai para Safety Site Supervisor, tanyalah ke dalam diri masing-masing. Apakah nyawa manusia sebegini murah dan sentiasa berdepan risiko kemalangan semata-mata mengejar angka-angka seperti dalam Statistik Sektor Pembinaan yang kita banggakan ini?

Majikan perlu ambil cakna. Posisi site safety supervisor yang perlu disandarkan harapan dan tanggungjawab dibiarkan kosong. Mungkin ada yang terisi, tetapi, tidak dijadikan sebagai posisi yang benar-benar penting. Sekadar mencukupkan syarat.

GELAK-GELAK JUGA, SAFETY TETAP DIUTAMAKAN

#CernaMindaSHO: Ini lah situasi yang agak kerap berlaku di tapak pembinaan bila SHO datang melawat.Kehadiran SHO untuk memantau dirasakan seperti suatu ancaman. SSS pula mulalah gelabah disebabkan ada benda yang tak selesai lagi. Pekerja-pekerja pula mula kantoi tak lengkap itu dan ini.Video ini buat kita bergelak ketawa, mentertawakan diri sendiri. Buat teringat situasi sebenar yang lebih memberi tekanan perasaan. Siapa tak sabar, darah boleh naik!+++++++++++++++++++++++++++++++Kursus Site Safety Supervisor secara Part Time dibuka bermula 27 November 2018Layari: www.cernaminda.com/sssHubungi: +60 11-1004 0387+++++++++++++++++++++++++++++++Cerna Minda

Posted by Cerna Minda on Khamis, 11 Oktober 2018

 

Video ini sedikit sebanyak memberi gambaran betapa rendahnya kualiti site safety supervisor di kawasan pembinaan yang kita perhatikan kerap berlaku kemalangan. Tidak semua yang begini, mungkin segelintir kecil. Namun, dek yang sedikit inilah, angka kemalangan terus menerus meningkat. Kita perlu berusaha keras memastikan setiap nyawa dielakkan dari apa jua jenis kemalangan. Ini seharusnya menjadi ikrar ketika meraikan Statistik Sektor Pembinaan yang dibanggakan ini.

 

site safety supervisor

 

++++++++++++++++++++++

KURSUS SITE SAFETY SUPERVISOR
SEPARUH MASA; BERMULA 26 OKTOBER 2018

HUBUNGI KAMI: +60 11-1004 0387
www.cernaminda.com/sss

Kursus Site Safety Supervisor

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More