Sijil SPM hilang? ini cara untuk mendapatkannya semula

“Alamak, sijil SPM hilang!”

Nak buat keputusan sambung belajar sewaktu di alam pekerjaan ini banyak cabarannya. Antaranya, dah lupa di mana letaknya sijil SPM dan sijil-sijil lain. Ada yang dah terkoyak rabak, ada yang hilang sewaktu pindah rumah dan ada yang dah terbakar.

Anda tidak perlu risau. Jika niat di hati begitu cekal nak sambung belajar, tambah sijil dan tingkatkan kerjaya, sebenarnya masih ada penyelesaian mudah.

CARA-CARA MENDAPATKAN SALINAN BAHARU SIJIL SPM HILANG

1) Bawa kad pengenalan dan pergi ke Lembaga Peperiksaan di Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia terletak di Blok E11, Parcel E, Putrajaya. Kalau tak tahu, cari Alamanda Mall atau hotel The Everly Putrajaya. Mudah sahaja nak cari.

2) Isikan borang permohonan untuk mendapatkan kembali Sijil SPM hilang. Jika anda mewakili orang lain, isikan borang wakil. Seeloknya, anda muat turun borang terlebih dahulu di internet supaya senang urusan. Tapi, kalau tak nak, pun tak apa. Boleh walk-in.

Borang: (http://lp.moe.gov.my/images/bahan/perkhidmatan/Borang%20Permohonan%20Salinan%20Keputusan%20Peperiksaan_2016.pdf)

3) Bayar RM30 untuk setiap salinan yang dibuat. Buat satu cukuplah, ya. Proses mendapatkan salinan ini boleh jadi sepantas 10 minit sehinggalah 1 jam bergantung kepada keadaan trafik pelanggan.

4) Ucapkan terima kasih kepada penjawat awam yang memudahkan urusan kita. Sijil SPM hilang bukan lagi masalah yang membebankan kita hasil sistem yang efisien.

+++++++++++++
Cerna Minda Institute merupakan pengendali latihan Program Eksekutif UTM SPACE (UTM – School of Professional and Continuing Education).

Ini berita gembira buat para pekerja yang mempunyai sejarah silam SPM yang kurang cemerlang tidak perlu lagi berdukacita. Manfaatkan pengalaman kerja untuk dapatkan Professional Diploma bagi meningkatkan kerjaya.

Professional Diploma in Occupational Safety and Health Management
Professional Diploma in Industry Environmental Management
Professional Diploma in Leadership & Management

www.cernaminda.com
+6018-3163846

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More