Putaran Kerjaya itu perlu dirancang, sebaiknya setiap 3 hingga 4 tahun, kita perlu ada kemajuan dan peningkatan dalam kerjaya…

Cerna Minda Institute sentiasa memperjuangkan peluang Kemajuan Kerjaya utk semua, melalui proses Pembelajaran Sepanjang Hayat.

Sebaiknya, setiap detik dalam hidup; dan sela masa dalam kerjaya kita, adalah Fasa-Fasa Pembelajaran Sepanjang Hayat. Kita wajib belajar perkara baru setiap hari, menimba ilmu, menambah kemahiran, menghimpun pengalaman, mengasah bakat dan meneroka peluang…yg pasti sentiasa terbentang di hadapan kita.

Itu adalah situasi yg Ideal.

Namun, realitinya, tidak semua kita dihamparkan permaidani indah dalam kehidupan, dan jarang-jarang kita temui laluan kerjaya yg mudah tanpa onak dan duri.

Saya pasti, semua yg membaca tulisan ini punyai kisah pahit manis tersendiri dlm menelusuri laluan kerjaya masing-masing. Dan bentuk serta jenis halangan atau hambatan dlm kerjaya itu, terlalu rencam dan pelbagai bentuknya.

Kaedah umum dlm mencarta kemajuan dan peningkatan kerjaya, adalah dgn merancangnya utk tempoh 3 atau 4 tahun. Letak sasaran, setiap 3 atau 4 tahun, kita mesti ada kemajuan kerjaya, sama ada dlm bentuk kenaikan pangkat, mendapat imbuhan atau pertambahan gaji, atau.diberi peluang memajukan diri spt sambung belajar atau kursus lanjutan, atau ditawarkan ke jawatan baru dgn posisi dan peluang yg lebih cerah dan mencabar.

Itulah kitaran kerjaya yg perlu kita rancang dan ulang setiap sela masa 3 atau 4 tahun.
Fasa 1 utk memahami Skop tugas dan kerja;
Fasa 2 utk meningkatkan Kompetensi dan performans diri;
Fasa 3 utk memberi Sumbangan kpd organisasi dgn kompetensi dan kemahiran kita; dan;
Fasa 4 utk kita mencipta Pencapaian yg dilihat dan diberi anugerah oleh organisasi.

Jika berlalu tempoh 4 tahun, dan kita masih di takuk yg sama, masih buat kerja yg sama spt hari pertama lapor diri, tiada tugas dan amanah mencabar, tiada kemajuan dan peningkatan dlm kerja dan kerjaya, maka kita perlu BERTINDAK dan melalukan sesuatu.

Semak Fasa 2, adakah di sana ruang dan peluang utk kita meningkatkan diri kita? Tambah ilmu, kemahiran dan persijilan, kerana ketiga2 ini menaikkan kompetensi dan harga diri kita.

Dengan kompetensi yg sentiasa ditingkatkan, maka pastinya hasil kerja kita juga akan berbeza…dan jika Boss atau majikan kita adalah Profesional, mereka pasti menilai pencapaian kita, dan mengganjarkan REWARD atau anugerah yg setimpal. Itulah Fasa 3 dan 4.

Justeru, kita menyeru semua warga kerja sekalian, agar meneliti Fasa2 dlm kemajuan kerjaya ini, dan jika Fasa 2 itu tidak kita rancang, maka bersedialah utk berada di tahap kerjaya yg sama, tiada pergerakan, tiada kemajuan, tiada pencapaian.

Rancang dan rebut peluang utk menambah kompetensi diri kita. Belajar dan terus belajar. Kerana ini semua adalah Perjuangan Memandaikan Anak Bangsa.

#cernaminda
#memandaikananakbangsa
#belajarsepanjanghayat
#gerbangkerjaya
#MahirTVET

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More