fbpx

MENGAPA SAYA TERUS KEKAL BANGUNKAN JENAMA CERNA MINDA? – CEO

PERUTUSAN HARI LAHIR DAN ASPIRASI CEO CERNA MINDA GROUP OF COMPANIES.

Setelah 10 tahun terbina dan membina ketumbukan pasukan, pasti ramai tertanya-tanya mengapakah saya dan Cerna Minda terus berada di persada ini membangunkan sesuatu yang visinya nun jauh melangkau ke ufuk pandangan.

Baik,

Saya cuba menjawab dengan kembali menyelak helai-helai masa ke belakang. Jawapan bagi persoalan mengapa tak mampu dijawab jika bola mata terus-menerus mencari arah ke hadapan. Ia harus dijawab dengan sesekali menoleh ke belakang.

Alhamdulillah, semalam adalah ulang tahun kelahiran saya. Syukur kepada Allah, Sidna Rasul dan ibu bapa yang melahirkan saya sebagai muslim yang celik minda dan jiwa. Beradanya saya di sini, rupa-rupanya, bertenggek atas bahu jasa gergasi jiwa yang lebih besar.

cerna minda

Saudara,

Usia 51 tahun ini merupakan bukti kepada perjalanan yang panjang. Dalam menongkah lautan pengalaman, sedikit demi sedikit perspektif seorang hamba Tuhan diperkaya dengan khazanah jiwa yang tersembunyi.

Sepanjang pelayaran hidup, saya tak mampu menafikan bahawa segala mutiara hikmah yang ditemui di dasar lautan, sapaan badai dugaan yang melambung-lambung, titik buruj impian di langit yang dicerap dan disambung itu tidak lain telah menjadikan saya lebih matang mengemudi diri dan pasukan Kumpulan Syarikat Cerna Minda.

Adakala, saya sendiri terfikir mengapa perlu saya terus bergerak ke hadapan dan tidak memilih untuk berhenti. Dalam kecerahan jiwa, saya dibawa berdiri tegap di atas suatu titik muhasabah yang menemukan usaha Kumpulan Syarikat Cerna Minda ini kepada aspirasi dakwah Nabi Yang Mulia;

“To save lives – Untuk menyelamatkan nyawa”

 

Nabi Yang Mulia menghabiskan lebih 23 tahun untuk membentuk sebuah bangunan selamat bagi menghimpunkan nyawa-nyawa yang terabai agar terhindar dari mara bahaya. 23 tahun yang berlalu itu boleh kita fahami sebagai tempoh usia seorang anak kecil yang membesar sehingga mampu berada di Universiti Kehidupan. Dalam garis masa tersebut, telah tercatat segala macam cabaran, tantangan dan kegagalan yang bersilih ganti mewarnai setiap anugerah, sokongan dan kajayaan.

Dalam mengkagumi lagenda sejarah di langit dan di bumi ini, saya menumpahkan sepenuh aspirasi ke dalam acuan Kumpulan Syarikat Cerna Minda. Secara praktikal, wujudnya kami di persada perniagaan sememangnya padat dengan hasrat ingin menyelamatkan nyawa manusia sama ada secara harfiah ataupun batiniah.

 

cerna minda

 

Cerna Minda Sdn Bhd sebagai komponen utama dalam Kumpulan Syarikat Cerna Minda menceburkan diri ke dalam lapangan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dengan niat ingin menyelamatkan nyawa yang terkorban di tempat kerja. Kami bertindak dengan posisi kami yang ampuh iaitu melahirkan lebih ramai individu yang cakna dan sedar hal ehwal keselamatan dan kesihatan pekerjaan melalui latihan kompetensi yang berkesan.

Anak-anak syarikat juga menyambung lantunan aspirasi ini dengan aktiviti perniagaan yang pelbagai. Masing-masing menetapkan fokus utama yang besar dalam menilai keuntungan dengan mengambil kira ‘niche’ dan lapangan masing-masing.

cerna minda

Ada yang menyelamatkan nyawa dengan menjadi agen kesedaran pemakanan sihat. Fokus jualan makanan kesihatan secara runcit diberi makna besar dengan mengimani kepentingan gaya hidup sihat dan seimbang. Hal ini dijelmakan oleh Minda Health Shoppe (diuruskan oleh Minda Project Management Sdn Bhd).

Ada yang menyelamatkan nyawa dengan membangunkan modal insan. Fokus memberdaya potensi jiwa dan mengilatkannya demi menambahkan umat manusia yang berkualiti dan punyai erti hidup. Itulah intipati perjuangan CMSB Human Capital Sdn Bhd.

Human Capital

Ada yang menyelamatkan nyawa dengan mengoptimumkan anugerah kesihatan dan pancaindera. Aktiviti perniagaan yang mengangkat kepentingan penjagaan mata sebenarnya secara langsung menunjukkan kesyukuran terhadap anugerah ilahi. Tanpa mata yang benar-benar sihat, dunia Tuhan tidak dapat dicerap dan disia-siakan. Begitulah kesinambungan perjuangan Bangi Wellness Group Sdn Bhd, dan anak2 syarikatnya; Quadmeds Sdn Bhd, Mesra BWG Sdn Bhd dan BWG Global Vision Sdn Bhd.

cerna minda

 

Cerna minda

 

Cerna Minda

Ada yang menyelamatkan nyawa dengan menjadi agen siaraya maklumat positif dan membina. Ilmu Pemasaran yang sahih dan soleh mampu menjentik hati manusia untuk bertindak berfikir ke arah landasan yang betul. Pemilihan simpang dalam hidup memerlukan sogokan maklumat yang sahih dan soleh. Apabila kemahiran dan ilmu pemasaran mampu diniagakan, ia menambahkan lagi cabang usaha menyelamatkan nyawa manusia. CMSB Runding Sdn Bhd bertekad menjadi peneraju dalam bidang ini.

Beginilah gaya Kumpulan Syarikat Cerna Minda terbina dan akan terus bergerak membina masyarakat. Bermula dengan niat ingin menyelamatkan nyawa masyarakat, ia berkembang menjadi pelbagai cabang usaha yang menujuk ke titik yang satu.

Aspirasi ini menjadikan saya dan pasukan terus kekal berada di persada ini biar digegar gempa atau ditampar taufan. Ia juga menjadi asbab kami tidak lupa diri apabila datangnya musim bunga dan sapaan bayu manja.

Segala-galanya bertitik tolak dari niat;

“Kami ingin menyelamatkan nyawa manusia.”

 

 

Ir Ahmad Jais AsSyazili
Principal Consultant / Group CEO
Cerna Minda Sdn Bhd / CMSB Group

++++++++++++++++++++++++

CERNA MINDA
Terbina, Membina ISO 9001:2015
(Provision Of Management System Consultancy and Training Services)

CERNA MINDA merupakan pakar penilai audit ISO, pengendali latihan kompetensi industri OSH dan pembangun modal insan yang berwibawa.

++++++++++++++++++++++++

cerna minda cerna minda cerna minda cerna minda cerna minda cerna minda

Minda Health Shoppe
Cmsb HumanCapital
Bangi Wellness Group
BWG GLOBAL VISION
MESRA BWG SDN BHD
Pusat Hemodialisis Mesra
Madu Herba Asli Quadmeds

#cernaminda