Pekerja perlu punyai daya-saing, daya-juang dan daya-tahan untuk mendaki laluan kerjaya mereka

Menelusuri laluan kerjaya yg pernah saya rintis dan rentasi, dari satu organisasi ke organisasi yg lain, telah mengajar saya banyak perkara, yg akan saya kongsikan, mulai siri penulisan saya pada minggu ini.

Persoalan utama adalah, bagaimanakah kita sebagai pekerja, harus bertindak dan membuat perancangan, utk kekal relevan dan dihargai oleh Majikan kita, dan seterusnya mencarta kemajuan kerjaya dlm bidang yg diceburi.

Ini adalah perkara dasar, kerana ia berkait dgn harga diri, nilai dan kualiti yg perlu kita bangunkan dlm diri semua pekerja, supaya menjadi pekerja yg memiliki ilmu, kemahiran, kompetensi dan kriteria yg dicari dan diperlukan oleh para majikan. Dgn memiliki ciri-ciri tersebut, Insha Allah, ke mana pun kita pergi, di mana jua kita berkhidmat, kita punyai peluang cerah utk terus maju dalam kerjaya.

Sebaliknya, kegagalan kita membuat persiapan, melengkapkan diri dan menambah Nilai pada diri kita, akan menjerumus kita ke kancah bahaya. Maksud bahaya di sini adalah, bila-bila masa jika krisis ekonomi, atau kegawatan melanda, bisnes majikan kita merudum, maka kita mungkin menjadi antara pekerja2 yg ditamatkan khidmat, ditawarkan VSS atau diberhentikan tanpa pampasan.

Itu adalah lumrah, Majikan hanya akan ‘simpan’ atau kekalkan mereka yg punyai ‘nilai’ atau sumbangan yg signifikan kpd syarikat. Mereka yg tidak menonjol, atau kehadirannya tidak dirasai atau disedari oleh Majikan, selalunya akan terpinggir dan dipinggirkan.

Baiklah, pada kali ini saya cuba berkongsi kisah dan pengalaman saya di dua tempat kerja terawal saya; Nippondenso (M) Sdn Bhd, dan Sony Video (M) Sdn Bhd.

Saya catatkan di atas itu, adalah Entiti asal tempat yg saya pernah bekerja. Perhatikan, kini kedua-dua entiti asal itu telah tiada, sudah bertukar menjadi Sony (ECMS) Sdn Bhd, dan Denso (Malaysia) Sdn Bhd.

Apa yg kita pelajari? Perubahan akan terus berlaku, dan jika kita juga gagal berubah, maka kita akan keciciran atau hanyut dlm arus perubahan tersebut.

Sejarah telah mencatatkan, apabila berlaku perubahan pada entiti syarikat, bererti pasti ada perubahan pada dasar, halatuju, strategi dan sasaran syarikat. Kadangkala perubahan entiti berlaku kerana perubahan pada ‘core business’ syarikat. Berubah drpd kilang alat ganti kereta, misalnya, kpd kilang elektronik dan sistem.

Ataupun, kerana produk yg dihasilkan dulu (contohnya VHS atau VCR), sudah tiada lagi di pasaran, kerana digantikan oleh perkakasan digital yg semakin canggih dan mengecil saiznya.

[**siapa sempat guna VHS / VCR set? sila google jika pertama kali jumpa kalimat ini]

Justeru, setiap kali berlaku perubahan atau pertukaran produk, maka kilang terpaksa diubahsuai, pekerja perlu dilatih semula mengenai produk baru, dan teknologi semakin canggih yg memerlukan tahap kemahiran dan pengetahuan yg berbeza. Jika pekerja gagal sesuaikan diri dgn arus perubahan ini, maka mereka akan menjadi pekerja yg tidak lagi diperlukan oleh entiti kilang baru tersebut.

Kadangkala, pertukaran dan penstrukturan semula nama kilang, atau produk baru, atau strategi bisnes, lebih bertujuan utk membuat ‘pembersihan’ terhadap para pekerja yg dilihat tidak produktif, tidak proaktif, atau lemah dlm menanggapi cabaran dan tuntutan semasa.

Maka, adalah satu keperluan yg amat penting, utk para pekerja sentiasa ‘keep up to date’ dgn perkembangan semasa, tunjukkan kesungguhan utk mempelajari perkara baru, dedahkan diri utk diasuh kemahiran dan diasah bakat baru utk menyahut cabaran, dan menerima tugasan2 baru yg diperlukan di tempat kerja.

Semasa mula-mula bertugas di Denso, saya yg terlatih dlm bidang elektronik, diminta bertugas menjaga Kualiti. Maka sebulan pertama, saya perlu segera pelajari dan mahirkan diri dgn pelbagai ilmu, teknik, kaedah dan ‘tools’ Quality. Di Denso saya pelajari 7 QC Tools, pertama kali dengar Pareto Rule, Pareto Diagram, belajar problem-solving guna kaedah Fish-bone, dan macam-macam lagi perkara yg perlu dikuasai oleh seorang QC Executive.

Seronok juga, pelajari perkara baru. Buat benda baru. Apply teknik baru, dan sertai Tim dan Pasukan baru di tempat kerja. Budaya kilang Jepun, memang menitikberatkan latihan kemahiran dan pendidikan kualiti. Hampir setiap minggu kami ada Quality trainings, berkongsi ilmu dan maklumat terkini sesama warga QC Department, bahkan seluruh kilang ada aktiviti QCC (QC Circles).

Apabila peralatan dan mesin semakin canggih, maka kami perlu belajar atau berkursus pula cara-cara yg betul mengendalikan mesin dan peralatan canggih itu. Di Denso saya pertama kali pegang CNC Machine. Wah! Masa tu terasa kagum dgn kejituan alat tersebut mengukur dan membuat lakaran kontor sesuatu permukaan atau rekabentuk. Saya suka belajar, dan ini yg ‘keeps me going’ utk kerja di Denso.

Di Denso, kami pernah lalui zaman gawat. Bila ekonomi suram, maka jualan kereta juga terjejas. Kesannya, sbg Vendor kpd model2 kereta utama, permintaan terhadap alat ganti kereta juga telah merosot. Kesannya, drpd kilang beroperasi 3 shift, telah dikurangkan menjadi 1 shift sahaja. Bayangkan, ada 2 kumpulan pekerja yg ‘termenung’ kerana tiada production.

Mujurlah, Majikan Jepun masa itu masih amalkan budaya Jepun yg tidak akan buang pekerja (saya tidak pasti kini). Apa yg berlaku, semua OT dibekukan, tiada lagi tuntutan kerja lebih masa, semua kerja dgn gaji asas. Dan semasa tiada kerja, maka dianjurkan gotong royong dan aktiviti sosial utk mengisi masa para pekerja, seperti membersihkan sekitaran, mengecat dinding dan lantai, menanam pokok, indahkan landskap dan sebagainya. Ada sebilangan pekerja yg pro-aktif, telah menyertai latihan2 teknikal demi menambah kemahiran dan persijilan. Hasilnya, mereka ada kelebihan drpd rakan2 lain, dan apabila tiba masa utk penilaian naik pangkat, mereka diutamakan utk diberi kenaikan pangkat dan gaji.

Berbekal pengalaman dan latihan2 yg saya perolehi di Denso, maka saya telah mencuba nasib utk sertai sebuah KIlang Jepun yg baru dibuka di Bangi. Itulah permulaan saya berhijrah ke Sony.

Di Sony Video, saya kembali ke dunia elektronik. Ini kilang pengeluaran produk elektronik, dan jenama Sony adalah tidak asing lagi dari segi mutu dan kelebihan produknya, berbanding brand yg lain.

Dalam suasana kerja, utk mencartakan kemajuan, kita perlu berani menyahut cabaran. Setelah 2 tahun bertugas, pihak Syarikat umumkan akan buka sebuah lagi fasiliti pengeluaran di bahagian belakang kilang sedia ada, utk satu produk baru yg sdg laris diperkenalkan waktu itu, itulah CD-R player. Utk ‘production line’ baru ini, maka diperlukan sekumpulan pekerja utk dihantar lathan ke Sony Japan, utk memahami teknologi digital yg baru muncul itu, dan mempelajari selok belok pemasangan, penyediaan dan penyiapan kilang yg akan dibina itu.

Saya antara kumpulan awal yg sahut cabaran utk belajar produk baru itu. Maka saya dihantar berkursus ke Jepun (waktu itu isteri saya sdg hamil anak kedua…). Begitulah cabaran yg perlu diambil, utk maju dlm kerjaya. Jika saya mencari alasan, tentu saya tolak ke luar negara dgn macam-macam alasan yg boleh direka dan diberikan.

Yang saya nak tekankan di sini, adalah, pekerja perlu bijak mencari, dan merebut peluang utk memajukan diri. Pantang ada kursus atau latihan, segera lah mohon utk sertai, atau tawarkan diri utk menjadi pelatih, atau sebahagian drpd pasukan awal tersebut. Ini semua meletakkan kita ada kelebihan berbanding rakan-rakan sekerja yg lain.

Tanpa kita sedari, kursus, latihan, kelas, atau perkara dan projek baru yg kita sertai itu, dilihat dan dinilai oleh Boss dan Majikan kita, utk nanti diberi ganjaran dlm bentuk Bonus, atau naik pangkat, atau tambah gaji…dan cerah masa depan dlm kerjaya.

Ingat, pokoknya….Rajin dan Usaha utk tambah Harga Diri.

Saya akan sambung kisah ini selanjutnya, bilamana saya Hijrah lagi, keluar dari Sony, ke Majikan yg lain pula…nantikan catatan selanjutnya.

Cuma sebelum berhenti, utk rekod, semasa kerja di Sony inilah, saya telah mendaftar di Fakulti Pengajian Islam, UKM utk ikuti pengajian Diploma Pengajian Islam secara separuh masa, kelas setiap hari Sabtu. Itu kisah di awal 90an, ketika itu tidak masyhur lagi program belajar sepanjang hayat ni…namun saya bersyukur, saya sudahpun memulakannya pada diri saya.

Kenapa Diploma Pengajian Islam? Apa kaitan dgn Jurutera? Semasa itu, saya pun tiada jawapannya, kerana semua ini aturan Allah. Siapa yg tahu, 15 tahun lepas buat Diploma Islam tu, barulah saya temui hikmahnya, apabila memohon kerja di IKIM (ini siri2 akan datang lah ya…).

Begitulah kehidupan, tidak usah sibuk dgn urusan Tuhan. Yang penting kita sentiasa tekad dan berazam utk majukan diri. Tuntutlah ilmu selama ada peluang. Dan usah biarkan hari-hari berlalu dlm hidup kita, tanpa sebarang usaha, atau kerja, atau ikhtiar utk memajukan diri kita.

Mudah2an catatan ini, memberi inspirasi kpd para pekerja semua, bahawa, Pembelajaran Sepanjang Hayat itu, adalah pelaburan kita utk mencarta kemajuan kerjaya. Mungkin kita tak nampak keperluan utk belajar atau ambil sesuatu Diploma atau Persijilan itu sekarang, tapi kita tidak tahu, mungkin pada satu masa di hadapan, kelayakan dan kelebihan kita dlm sesuatu bidang itu menjadi asbab utk kita ditawarkan jawatan atau kerja yg lumayan.

Belajarlah….selagi punya nyawa…

#cernaminda
#memandaikananakbangsa
#belajarsepanjanghayat
#MahirTVET
Cerna Minda Institute
Ir Ahmad Jais AsSyazili

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More