fbpx

PROFESSIONAL DIPLOMA IN LEADERSHIP AND MANAGEMENT

 

PROFESSIONAL DIPLOMA IN LEADERSHIP AND MANAGEMENT (PDLM) adalah program terbaru yg bakal ditawarkan mulai pengambilan Semester Feb 2019, tahun depan.

Program yg mendapat pengiktirafan UTMSPACE ini, menghidangkan 12 Modul yg perlu diselesaikan dalam tempoh setahun (12 bulan = 3 Semester) melalui kelas separa masa pada hujung minggu.

Program ini Unik dan tersendiri, kerana menawarkan gabungan ilmu dan kemahiran yang amat diperlukan oleh setiap individu yang mahu mendaki tangga kejayaan kerjaya mereka.

Peningkatan dalam kerjaya, samada dengan kenaikan pangkat dan jawatan, mahupun pengembangan tugas dan amanah dalam skop pekerjaan, pastinya memerlukan pengembangan dan pertambahan juga dalam keupayaan mengurus dan memimpin organisasi.

Kepimpinan dan Pengurusan adalah dua perkara yang amat diperlukan oleh Pemimpin dan Pengurus, dalam semua bidang dan organisasi. Pemimpin perlu berupaya merancang, menyediakan sumber, membangun dan mengembangkan pasukan yang dipimpin, dan seterusnya menguruskan projek dan menyelesaikan permasalahan yang dihadapi dalam tugasan seharian.

Program ini juga mengasah bakat kepimpinan yang asasi, seperti kemahiran berorganisasi, kerja berpasukan, kemahiran berpidato dan pengucapan awam, skills berkomunikasi dan interaksi dalam kumpulan.

Ilmu pengurusan yang ditawarkan merangkumi pengurusan diri, pengurusan masa dan projek, pengurusan interpersonal dan sosial, sehinggalah pengurusan organisasi dan perniagaan.

Elemen nilai dan etika sebagai pemimpin dan pengurus juga diberikan penekanan, agar graduan yg lahir dari program ini akan menjadi harapan dan sandaran organisasi yg mereka ceburi, untuk memacu perniagaan dan kerjaya mereka dan organisasi, ke tahap seterusnya.

Jika kita ingin menjadi Ketua, Supervisor, Line Leader, Executive, Team Captain, Manager mahupun Pengarah, inilah program yg perlu disertai.

Sambung belajar secara separuh masa dengan kelas hanya di hujung minggu di Bandar Baru Bangi, Selangor.

Laluan Kedua bagi mereka yang telah bekerja lebih dari 3 tahun tetapi hanya memiliki SPM sahaja.

Diploma ini diberi pengiktirafan oleh Senat UTM Space.

Berjalan selama 3 Semesta (1 tahun)

Kursus ini menyediakan para pelajar dalam peranan sebagai individu yang mengunakan ilmu dan pengetahuian dalam pengurusan dan kepimpnan dalam kontek operasi perusahan dan industri

Pelajar akan memaparkan kebolehan, inisiatif dan kemahiran pertimbangan dalam merancang, melaksana dan memantau beban
kerja yang dipertanggungjawabkan diatas mereka dan orang lain yang dipertanggungjawbkan dibawah mereka.

pelajar akan diajar bukan sahaja ilmu kepimpinan dan pengurusan organisasi tetapi ditekankan dengan kemahiran komunikasi untuk menyokong kehendak perusahan dan industri.

pelajar akan berupaya merancang, mereka bentuk, membuat kertas kerja, menilai penyelesaian masalah yang tidak dijangka menganalisis maklumat untuk memastikan operasi dan sasaran industri tercapai.

Kerjaya untuk kursus ini

 

  • Pengurus Sumber Manusia
  • Pengurus pengeluaran
  • Pengurus gudang
  • Pengurus Pasukan Jualan
  • Pengurus Kanan (Umum)
  • Pengurus Cawangan (Umum)
  • Pengurus Operasi (Umum)
  • Pengurus perniagaan
  • Pengurus Pembangunan Perniagaan
  • Pengurus Pusat Pengedaran

Ahli Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan

Pendaftaran Telah Dibuka

Kemasukkan Untuk Febuari 2019

  • Lulus SPM
  • Berumur 21 tahun dan keatas (tahun semasa pendaftaran)
  • Pengalaman bekerja selama 3 tahun dan ke atas dalam apa apa bidang
  • 3 Semester (12 bulan)
  • Setiap Hari Ahad sahaja
  • Sebulan TIGA (3) Kali kelas
  • KELAS DI BANDAR BARU BANGI
  • Professional Diploma IN Leadership And Management – UTMsPACE

berikut adalah pecahan yuran pelajar

  • Yuran permohonan UTMsPace – RM100.00 – perlu bayar selepas membuat permohonan online
  • Yuran Daftar Universiti : RM500 – perlu bayar selepas diberi tawaran
  • Yuran Kursus : RM9200 – tunai/ansuran/KWSP
  • Tunai
  • Ansuran (Dibayar setiap awal semester)
  • Pengeluaran KWSP
  • HRDF

Pengiktirafan Dari Senate UTM

Yuran Boleh Menggunakan KWSP

Di Iktiraf Oleh

Pendaftaran Telah Dibuka