Mesyuarat JKA UTMsPACE Sahkan Pelajar Sesi Oktober 2018 CMI lulus penuh.

Mesyuarat JKA UTMsPACE Untuk Sesi Semester III Oktober 2018/2019 sahkan semua penuntut dibawah Pengurusan CMI lulus penuh.

Jawatankuasa Akademik bagi Pogram Eksekutif UTMsPACE  untuk semester III sesi 2018/2019 telah diadakan pada 14 March 2019 yang dipengerusikan oleh Professor Dr Othman Che Puan Dekan SPACE dengan dihadiri seluruh pengurus besar pusat program dibawah UTMsPACE serta penasihat – penasihat akedemik dari pusat pengurusan pogram yang dilantik.

Mesyuarat Jawatankuasa Akedemik ini bertujuan untuk menyemak dan mengesahkan markah peperiksaan akhir bagi semester III 2018/2019 yang telah dilaksanakan pada januari 2019 yang lalu.

Cerna Minda Institute Merupakan Rakan Strategik dan Pusat Pengurusan Program untuk UTMsPACE

Cerna Minda Institute diwakili penasihat akedemik En Muhammad As Suhaimi dan Pendaftar Puan Suhaida Amron telah membentangkan kepada sidang mesyuarat semua markah akhir semester yang melibatkan 46 pelajar untuk pogram Professional Diploma in Occupational Safety and Health Management (PDOSHM).

Jawatankuasa Akademik UTMsPACE telah berpuas hati dengan pembentangan dan telah menerima dan mengesahkan kesemua markah pelajar dibawah pengurusan Cerna Minda Institute adalah diterima dan diakui lulus sepenuhnya.

Cerna Minda Institute mengucapkan tahniah kepada semua pelajar dan akan sentiasa memberi perkhidmatan yang terbaik untuk memastikan kualiti program terus dijaga dan ditinggkatkan kualitinya.

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More