fbpx

Kesatuan Pekerja: Wajibkan demi pembelaan!

Kesatuan Pekerja menjadi tulang belakang kepada pembelaan kebajikan.

Sekiranya berdepan isu pemberhentian kerja, mana-mana pekerja berdaftar dengan kesatuan pekerja, bolehlah memohon daripada kesatuan untuk dapatkan bantuan.

0 285
Pekerja wajib sertai kesatuan pekerja bagi membela nasib

Ramai yang tidak tahu bahawa nasib pekerjaan mereka tidak semestinya sentiasa cerah. Terutama pekerja pembinaan. Adakala berlaku penamatan kontrak secara mengejut yang membuatkan pekerja terpaksa menanggung kerugian akibat hilang mata pencarian. Oleh yang demikian, seruan menyertai kesatuan pekerja perlu disambut baik para pekerja sekalian.

Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Industri Binaan Malaysia ditubuhkan pada tahun 1989, didaftarkan di bawah Kementerian Sumber Manusia, satu-satunya kesatuan mengambil ahli-ahli daripada industri pembinaan. Mana-mana pekerja dalam industri berkenaan wajarlah terlibat menjadi ahli dan berdaftar dengan kesatuan pekerja ini.

Sekiranya berdepan isu pemberhentian kerja, mana-mana pekerja berdaftar dengan kesatuan, bolehlah memohon daripada kesatuan untuk dapatkan bantuan. Sekiranya terdapat pekerja mahu berdaftar, boleh ke Facebook Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Industri Pembinaan,1989 untuk maklumat lanjut.

Kebiasaannya pekerja dalam sektor ini, bila tahu sesuatu pembinaan itu akan ditamatkan, sebagai contoh dalam tempoh dua bulan, mereka akan bersedia untuk cari projek lain kerana perlu bekerja selepas diberhentikan. Jika penamatan kontrak ini berlaku dalam tempoh pertengahan, mereka tidak dapat membuat persediaan.

Dalam pada itu, Penganjur Kesatuan Pekerja -Pekerja Dalam Industri Binaan Malaysia (1989), Kamarul Bahrin Mansor mengulas isu pekerja asing terlalu ramai dalam industri pembinaan. Beliau tidak menafikan kelompok terbabit menguasai sektor pekerjaan itu, terutama sebagai buruh.

Kesatuan Pekerja

Rujuk artikel MOU Kerajaan dengan Negara Nepal bagi menyingkap jumlah pekerja asing di negara Malaysia.

Kamarul menyokong usaha kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk mengurangkan bilangan pekerja asing, namun, mempertikaikan sama ada kekosongan pekerjaan itu akan diisi pekerja tempatan. Mengulas isu gaji buruh warga asing dikatakan lebih tinggi daripada warga tempatan pula, dia tidak menafikan ada kalanya imbuhan diterima mereka lebih besar.

“Sebenarnya gaji pekerja sektor binaan tinggi, kerana mereka kerja lebih 8,12, dan 16 jam. Sudah tentu gaji lebih dari gaji minimum dan gaji pekerja tempatan.”

“Biasanya syarikat beri bukan gaji minimum, tapi gaji harian, jadi pekerja ini selama mana mereka mampu bekerja, sudah tentu masa lebih panjang, gaji lebih tinggi,” katanya.

Olahan dari Sumber: SINAR HARIAN

Kesatuan Pekerja

Leave A Reply