fbpx

KEM CUTI SEKOLAH – KAHFI: BERTINDAK SELAMATKAN REMAJA HILANG TUMPUAN

0 410

Setiap kali hujung tahun, pasti banyak kem cuti sekolah yang dianjurkan di sana-sini. Rata-rata, berhasrat untuk membangunkan jiwa anak-anak muda. Bukanlah suatu perbahasan yang asing bila kita memperkatakan tentang remaja hilang tumpuan terhadap pelajaran. Ia sudah dijangka sebagai cabaran yang utama di teknologi maklumat dan internet jalur lebar. Zaman berganti zaman, generasi berpindah generasi, sudah pasti ada perbezaan ketara yang dapat dilihat antara remaja zaman sekarang dan zaman terdahulu. Pasti, ada baiknya dan ada buruknya.

Cuma, apabila gelaja remaja hilang tumpuan belajar dan fokus hidup ini semakin menjadi-jadi di sekolah, ibu bapa tidak boleh hanya duduk diam dan membiarkan ia dibawa angin lalu. Guru-guru pasti tidak menang tangan untuk membangunkan keseluruhan pelajar dengan sebaiknya, tanpa penglibatan ibu bapa. Sebelum hal remaja hilang tumpuan menjadi rumit, bertindaklah mengawal dan membimbing remaja agar kembali mengasah tumpuan hidup mereka. Kem Cuti Sekolah merupakan salah satu tindakan yang wajar dipertimbangkan.

KEM CUTI SEKOLAH

KESEDARAN, ANJAKAN HEBAT, FOKUS DAN INTERAKSI
(KAHFI)

TARIKH: NOVEMBER 2018
TEMPAT: SUNGAI LUI, HULU LANGAT

HUBUNGI: EN NAZIM +6019 – 611 3730

CERNA MINDA sentiasa optimis terhadap potensi remaja dan generasi muda biarpun dugaan mereka di zaman ini begitu dahsyat. Kami memahami bahawa dugaan remaja hilang tumpuan dalam pelajaran itu adalah kerana tertarik dengan lambaian teknologi dan hiburan yang mudah diakses. Justeru, sebuah kem inovatif 3 hari 2 malam bakal dianjurkan hujung November 2018 ini, bagi menggugah perhatian remaja. Selama 3 hari 2 malam, remaja akan diasuh dan dididik untuk mengawal fokus dan dilibatkan dengan aktiviti yang mengaktifkan segala pancaindera kurniaan Tuhan untuk mengeluarkan potensi diri. Tanpa mengekang dan memenjarakan remaja, CERNA MINDA menawarkan kaedah-kaedah yang boleh menghidupkan kembali deria remaja untuk menjadi tuan kepada diri mereka sendiri.

Modul Kem Cuti Sekolah – KAHFI ini dirangka melibatkan pengaktifan pancaindera fizikal dan batin secara holistik. Objektif utama yang dipertaruhkan adalah pemberdayaan remaja hilang tumpuan dalam menguasai kemahiran anjakan sikap yang hebat, melatih fokus yang terpandu serta mempraktikkan budaya komunikasi yang terpuji. Modul Kem Cuti Sekolah – KAHFI ini dijayakan oleh pasukan jurulatih dan pembimbing berwibawa yang punyai wawasan membina generasi gemilang agar negara ini mampu diserahkan kepada mereka suatu hari nanti.

Tiada seorang pun pelajar yang tergolong dalam remaja hilang tumpuan dipinggirkan. CERNA MINDA berazam memandu dan membangunkan jiwa mereka agar mampu dibanggakan diri, keluarga dan masyarakat melalui penganjuran Kem Cuti Sekolah ini yang dinamakan KEM KAHFI. M.Nasir pernah berpesan agar kita sentiasa mengambil berat soal masa depan anak-anak. Pasti anda mengingati lagu Anak-Anak Kita bukan?

Dijemput mendaftar Kem Cuti Sekolah – KAHFI 2018 ini.

Kem Cuti Sekolah

KEM CUTI SEKOLAH

KESEDARAN, ANJAKAN HEBAT, FOKUS DAN INTERAKSI
(KAHFI)

TARIKH: NOVEMBER 2018
TEMPAT: SUNGAI LUI, HULU LANGAT

HUBUNGI: EN NAZIM +6019 – 611 3730

 

++++++++++++++++++++

CERNA MINDA
Terbina, Membina ISO 9001:2015
(Provision Of Management System Consultancy and Training Services)

CERNA MINDA merupakan pakar penilai audit ISO, pengendali latihan kompetensi industri OSH dan pembangun modal insan yang berwibawa.

 

ANAK-ANAK KITA – M.NASIR

Jaga-jaga anak kita
Jangan sampai jadi hamba
Jaga-jaga anak kita
Kita ini orang merdeka
Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan sendiri lagi
Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan dimomok lagi
Fikir
Selamatkah kita di tangan tukang karut itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan ahli koporat itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan tuhan-tuhan itu

 

 

Leave A Reply