fbpx

Industry-Based dan Industrious: DNA diperlukan untuk menjana kemajuan

Kalimat Industri dan Perindustrian menjadi semakin penting sejak dekad 80an, apabila negara kita melancarkan Pelan Induk Perindustrian (IMP) yang berwawasan menjadikan Malaysia negara berasaskan industri (industry-based) dan keluar daripada kebergantungan kepada ekonomi asas, pertanian dan perburuhan {labour-intensive).

Sejak itu, telah tumbuh dan bercambah pelbagai bidang industri berat, sederhana dan ringan di negara ini, melalui pembangunan banyak kawasan dan zon perindustrian; dan terbinanya kilang-kilang perusahaan di seluruh pelosok tanah air.

Semenjak itulah, bidang pekerjaan rakyat juga sudah berubah, daripada sekadar kerja kerajaan atau sektor awam, atau pekerjaan tradisi seperti petani, nelayan, peladang dan penternak; anak – anak muda mula berhijrah ke bandar-bandar utk mencuba nasib bekerja di kilang-kilang dan industri baru.

Kemunculan Era Perindustrian ini, telah mengubah suasana dan budaya kerja masyarakat, dan juga melahirkan golongan pekerja industri yg mulai menguasai dan menggunakan pelbagai ilmu dan teknologi baru dalam tugasan seharian.

Pekerja Industri, sudah pastinya memerlukan set pengetahuan, kemahiran, sikap, ketrampilan dan cara kerja yang baru, yang diperlukan oleh sektor industri berkaitan.

Justeru, dasar perindustrian ini juga memberikan kesan limpahan kepada sektor pendidikan dan pengajian tinggi negara. Dasar, Kurikulum dan Silibus yang ditawarkan di sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi, mula menjurus ke arah melahirkan guna tenaga yang diperlukan oleh Industri. Maka bercambahlah pelbagai kursus dan bidang pengajian yang berasaskan industri (Industry-based) ke arah melahirkan Masyarakat Perindustrian (Industrious Society)

Kini, Revolusi Perindustrian telah melangkah ke Lonjakan ke – Empat atau Industry 4.0; melalui pengenalan pelbagai teknologi digital, elektronik dan robotik, yang mula mengambil alih tugasan manual yang berulang-ulang dan tidak produktif.

Seiring dgn kemajuan Teknologi Industri 4.0 ini, maka penawaran bidang pendidikan, latihan dan pelatihan juga memerlukan nafas baru. Kursus-kursus yg mempunyai Pentauliahan Industri sering mendapat keutamaan para majikan dalam mencari calon pekerja, dan peluang kerjaya adalah terkait-rapat dgn peningkatan kemahiran dan persijilan yg berasaskan Industri (Industry-based).

Carakerja dan Sikap Tenaga Kerja juga perlu dipertingkatkan, dari segi kualiti hasil kerja, kecekapan, dayatahan bekerja dan kemampuan menangani tekanan dan cabaran di tempat kerja, adalah antara ciri-ciri Industrious (kerja tuntas dan cergas) yang menjadi idaman para majikan.

Maka, inilah DNA abjad ‘I’ yg cuba dipupuk oleh Cerna Minda Institute, melalui program – program Professional Diploma dan Kursus – kursus yang ditawarkan. Kami berusaha memastikan graduan dan lepasan kami, menepati DNA ‘Industry-based’ dan ‘Industrious’ ini.

Warga Cerna Minda Institute akan menghayati falsafah ini, menawarkan bidang pengajian berasaskan Industri, dan kami sendiri, dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab, sentiasa bersifat Industrious, tidak kenal penat lelah, dalam Perjuangan Memandaikan Anak Bangsa ini.

Cerna Minda Institute
Ir. Ahmad Jais Alias