Hak Pekerja Asing: Kerajaan Prihatin

Setiap pekerja tidak jauh beza antara satu sama lain, semuanya berhak sebagai manusia.

Setelah meneliti kenyataan media Menteri Sumber Manusia, kita yakin dengan hasrat Kerajaan yang prihatin kepada semua pekerja termasuklah hak pekerja asing.

Prihatin kita kepada semua manusia itu haruslah bermula dari kebajikan pekerja tempatan sehinggalah tunaikan hak pekerja asing. Tahniah! Semoga semangat sebegini dipandu dan diteruskan selama-lamanya. Kita sudah perlu mula memandang setiap manusia punyai hak yang perlu ditunaikan tak kira kasta hidup dan latar belakang mereka.

 

TAHNIAH KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA!

 

Hak Pekerja AsingInilah tanda kita sudah layak bergerak maju ke hadapan dengan jiwa yang besar. Dengan mengiktiraf hak pekerja asing, ia membuktikan keseluruhan rakyat Malaysia menerima kekuatan dan sumbangan banyak pihak dalam membangunkan negara.

Terdapat 5 perkara utama yang boleh kita perhatikan dalam kenyataan media yang mengangkat tanggungjawab Kerajaan dalam membela hak pekerja asing.

 

 

1. Semua pekerja asing layak menerima perlindungan sama seperti pekerja tempatan.

Benar! Ketika berdepan dengan risiko kemalangan, penindasan dan gangguan di tempat kerja, tanpa sedar kita mungkin tidak mempedulikan hak mereka. Apatah lagi dalam hal kesihatan yang sebenarnya meruncing apabila keadaan kerja yang mengganggu keseimbangan kehidupan mereka.

Hak Pekerja Asing

 

2. 9 MOU telah ditandatangani tanda Kerajaan serius menangani isu hak pekerja asing.

Pada 29 Oktober 2018, Menteri Sumber Manusia telah mengikat janji kesefahaman bersama Kerajaan Nepal bagi membela kebajikan dan hak pekerja asing dari Nepal yang bekerja di Malaysia. MOU ini mengikuti secara konsisten apa yang ditegaskan dalam 8 MOU sebelum ini bersama negara lain; iaitu Bangladesh, India, Thailand, Kemboja, Pakistan, Sri Lanka, Vietnam dan Indonesia.

Hak Pekerja Asing

 

 

3. Pekerja asing perlu diselidik rekod jenayah dan kesihatan sebelum dibawa masuk.

Ini yang sering dirisaukan masyarakat apabila melibatkan kemasukan pekerja asing, selain dari saingan pekerjaan. Oleh yang demikian, tindakan dua hala perlu dipersetujui bagi melestarikan keharmonian antara dua kerajaan. Bagaimana cara kerajaan Malaysia menjaga hak pekerja asing juga perlu diteladani pihak negara asal supaya ia ditanggapi dengan penuh hormat.

Hak Pekerja Asing

 

 

4. Pekerja asing perlu dilatih dalam industri serta kenali budaya dan undang-undang tempatan.

Tahniah kerana menegaskan isu ini. Pekerja asing perlu menghormati negara yang ditumpangi ini. Jaminan kerajaan negara asal untuk memastikan rakyatnya menjunjung tinggi kedaulatan negara Malaysia diperlukan sebelum hak pekerja asing dibincangkan. Tidak boleh satu pihak sahaja yang bertepuk tangan.

Hak Pekerja Asing

 

 

5. Jumlah pekerja asing di Malaysia cukup ramai dan memerlukan perhatian serius.

Angka 1.9 juta orang pekerja asing itu bukanlah kecil. Ibaratnya, kalau kita mengira 30 orang di satu-satu kawasan, pasti akan ada 1 orang pekerja asing. Ya! Di kalangan lebih 30 juta rakyat Malaysia, ada 1.9 juta pekerja asing. Ini kiraan ‘cincai’. Sekadar membayangkan peri-pentingnya diambil perhatian.

Hak Pekerja Asing

 

 

 

Rujuk Kenyataan Media Kementerian Sumber Manusia seperti di bawah:

Hak Pekerja Asing Hak Pekerja Asing

 

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More