Guru Mendidik Memandaikan Anak Bangsa…. hakikatnya ini perjuangan kita semua…

Mendidik, mengajar, mengasuh, membentuk, mentarbiyah atau apa jua istilah seumpamanya…adalah tugas suci dan murni dalam semua peradaban, tamadun dan sepanjang zaman.

Jika mahu ubah generasi, maka didiklah anak bangsanya…kerana ilmu dan didikan itu, akan menyuluh kehidupan.

Jika mahu runtuhkan generasi, lemahkan guru dan sistem pendidikan, maka lahirlah kelompok yg bertuhankan nafsu berakhlak buas bak binatang ganas.

Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi..

Tribute istimewa buat semua Guru-Guru saya, yg formal mahupun tidak, teristimewa kedua ibubapa yg merupakan Guru Pertama mengajar kita erti kehidupan.

Pepatah berbunyi:
Al-Ummu Madrasatun…

IBU itu adalah Madrasah…kerana dgn Ibu kita mula belajar kenal segala2nya.

Guru menunjuk kita jalan kejayaan, namun usaha tangga kejayaan itu tetap tanggungjawab kita.

Tugas mendidik itu amat mulia, kerana ianya Memandaikan Anak Bangsa.

Justeru, Perjuangan Memandaikan Anak Bangsa itu amat mulia, dan wajib atas kita semua.

Inilah Inspirasi, yg menjadi bahan bakar perjuangan kami di Cerna Minda Institute. Memandaikan Anak Bangsa, dgn penawaran program Pembelajaran Sepanjang Hayat.

Walaupun saya tidak digelar Guru. Tiada yg panggil saya Cikgu Ahmad, namun kepuasan menunaikan tugas ‘guru’, dgn mengendalikan Kafilah Cerna Minda ini, adalah suatu yg menyuntik semangat dan ruh perjuangan dlm naluri ini setiap hari.

Buat Warga Cerna Minda khususnya, dan semua yg bertugas dlm Institusi Pendidikan, sekolah, universiti, kolej, institut, pusat latihan dan sebagainya…kita semua berkongsi hari ini…HARI GURU.

SELAMAT HARI GURU.
GURU, OBOR HEMAH MENYINARI PERTIWI

#cernaminda
#memandaikananakbangsa
#belajarsepanjanghayat
#guruoborhemahmenyinaripertiwi
#hariguru2019
Ir Ahmad Jais AsSyazili

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More