Golongan Pekerja perlu bersiap menghadapi kegawatan ekonomi; kerana Langit tidak selalu cerah, dan Panas Mentari belum pasti hingga ke petang hari

Penggabungan antara Celcom dan Digi yg dilaporkan baru-baru ini, pastinya menjadi bualan dan perbincangan hangat di kalangan pemain industri.

Mengapa ia berlaku? Apa kesan drpd penggabungan tersebut? dan Impak kpd para pekerja dlm industri telekomunikasi…

Penggabungan dan Pengambilalihan (Merger & Acquisition, M&A) adalah antara langkah industri utk mendepani cabaran atau gugatan dlm ekonomi. Apabila ekosistem perniagaan menjadi lesu, atau ada tindakan pelaburan yg tidak berhasil, atau kesan limpah drpd senario ekonomi global melemahkan pasaran dan menyebabkan revenue berkurangan, maka antara langkah ‘bijak’ adalah bergabung sesama pemain industri bagi membentuk kerjasama strategik dgn cara penggabungan sumber, ubahsuaian strategi, konsolidasi fiskal, dan gunatenaga kerja lebih cekap.

M&A ini juga pernah berlaku dlm sektor lain, seperti Perbankan. Kita pernah lihat bgmana bank-bank kecil telah bergabung membentuk jenama spt CIMB, RHB dan sebagainya, semasa berhadapan krisis kewangan dekad 90an yg lalu.

Semua ini perlu dilakukan oleh Korporat dan Syarikat2 besar ini, demi kelangsungan mereka dlm dunia perniagaan, dan mendepani zaman gawat dan krisis ekonomi dunia.

Jika kita perhatikan, kitaran ekonomi dunia seolah-olah berulang setiap sela julat 10 tahun. Sejarah ekonomi moden, menyaksikan adanya kegawatan ekonomi dunia pada dekad 80an, 90an dan 2000an.

Negara kita sendiri menerima hentakan kuat krisis dunia ini pada sekitar tahun-tahun 1971-2, 1986-8, 1997-8 dan 2007-8. Dan kini, kita pada cycle 2018-9, adakah akan berulang?

Pada tempoh-tempoh yg saya sebutkan itu, krisis yg melanda memberi kesan kpd semua sektor ekonomi. Sektor pertanian, perladangan, industri kecil, industri berat, pembuatan dan perusahaan serta servis dan perkhidmatan, semua dirundung kesan buruk ekonomi dunia.

Pada tahun-tahun itu dan sekitarnya, kita dengar soal pengangguran yg meningkat, masalah graduan menganggur, pembuangan pekerja dan penutupan kilang2 dan industri, serta kelembapan dalam sektor runcit dan perkhidmatan.

Ini semua berkait, kerana ekonomi itu sifatnya ‘RANTAIAN’. Jika satu juzuk rantaian tergugat, maka kesan berantai turut dirasai oleh juzuk dan sektor ekonomi lain.

Sebagai contoh, dunia sedang melalui fasa ketidaktentuan dlm harga petrol, yg menyebabkan negara2 yg ekonominya bergantung kpd jualan minyak, telah terjejas teruk. Kesannya, negara2 yg dulunya kaya raya, sudah mula berjimat-cermat dlm perbelanjaan.

Impot mereka terhadap bahan mentah dan barangan siap dari negara lain, mula dikurangkan. Contohnya, negara kita merasa kesan apabila ekspot bahan mentah (minyak sawit dan getah) kita mula menurun, dan sektor kilang kita juga terkesan lantaran kurangnya permintaan kpd barangan siap oleh negara2 dunia.

Apabila ekspot jatuh, maka pendapatan negara juga terjejas. Maka kemampuan kewangan negara utk meneroka projek2 pembinaan dan pembangunan berskala besar akan terhad. Kesannya, ada projek berskala besar yg dibatalkan, atau ditangguhkan, utk menjaga belanjawan kerajaan, demi menampung kos operasi perkhidmatan kerajaan dan sektor awam.

Apabila kerajaan kurang berbelanja, maka pemain industri binaan yg bergantung kpd projek kerajaan, pasti ‘terduduk’. Para kontraktor sudah mula termangu, dan pembekal bahan binaan, peralatan dan perkakasan besar dan jentera juga turut terkesan.

Rantaian ini akan berterusan, berjangkit ke sektor pembuatan dan perkilangan. Permintaan kpd kenderaan dan jentera akan berkurang, maka vendor dan pembekal alat ganti dan komponen juga merasa impaknya.

Jika dahulu kilang beroperasi 24 jam, dan pekerja boleh bekerja dgn 3 shift, maka kini semuanya terpaksa disesuaikan dgn permintaan pasaran. Tiada lagi kerja lebih masa (OT) sewenang-wenangnya.

Maka ‘take home income’ rakyat juga akan berkurangan, kerana produktiviti semakin lesu. Kesannya pada perniagaan runcit, FnB, hiburan dan perkhidmatan. Perbelanjaan mewah atau tidak penting, akan dielakkan, kerana kini adalah soal survival dlm kegawatan ekonomi.

Pilihan yg ada pada Majikan, utk terus ‘sustain’ dan berdaya tahan dlm situasi krisis seperti ini adalah; dgn mengurangkan kos operasi, mengecilkan saiz produksi dan jumlah pekerja, melalui penawaran VSS……

VSS adalah antara kaedah sah utk menamatkan perkhidmatan para pekerja. Apabila berlaku M&A, pasti akan berlaku situasi pertindihan atau lambakan pekerja utk tugasan atau proses yg sama.

Dalam kes penggabungan bank, daripada 3 buah bank (berjenama lain) dlm satu kawasan, bila bergabung, pasti akan dijadikan satu cawangan bank sahaja. Sifir mudahnya, 2 buah bank akan ditutup. Apa nasib pekerja mereka?

Begitu juga bila Celcom dan Digi bergabung, pasti ada ‘redundancy’ dlm tenaga kerja. Ada pertindihan dlm tugas, atau lebihan tenaga kerja utk sesuatu sektor servis. VSS juga solusinya.

VSS juga berlaku apabila syarikat mahu membaiki kedudukan kewangan mereka. Contohnya pada tahun 2018 yg lalu, kita saksikan beberapa Agensi Media telah menawarkan VSS kerana berhadapan dgn kemerosotan dlm bisnes dan jualan akhbar dan media bercetak. Utusan Melayu, Astro, Media Prima dan Harakah, antara contoh agensi media yg telah menamatkan ramai para pekerja.

Inilah pokok persoalan kita, apakah persiapan dan persediaan yg ada pada para pekerja ini, utk menghadapi situasi VSS, ditamatkan kerja, dan perlu masuk semula ke dalam lambakan pasaran buruh?

Bagus dan hebat manapun kualiti kerja kita, kesetiaan kita berkhidmat belasan tahun dgn majikan, belum menjanjikan kita tidak diberikan VSS oleh majikan, jika kegawatan ekonomi melanda…

Justeru, pekerja perlu ambil langkah sendiri, utk persiapkan diri jika diuji dgn VSS spt ini. Apa perancangan kita, jika tiba-tiba hilang punca pendapatan?

Ada yg kata, mahu gunakan duit VSS itu sbg modal awal memulakan bisnes kecil-kecilan. Mampukah kita, yg hanya terlatih dlm kerja rutin kita, utk menceburi dunia bisnes? Statistik menyebut, bisnes yg baru bermula, hanya mampu bertahan 3 tahun sahaja, jika tidak diurus dgn betul dan cekap. Itu cabaran org berniaga.

Maka, jika tidak berniaga, berapa lama kita dpt bertahan dgn duit VSS? Lambat laun kita perlu cari kerja jua. Dan bila nak cari kerja, apakah memadai dgn kembali guna kelayakan yg sama spt kita mula-mula masuk pasaran kerja dulu?

Jika dulu, 15 atau 20 tahun lalu, kita mohon kerja hanya dgn SPM, sbg kerani, maka setelah berlalu masa, kita pun naik pangkat jadi Eksekutif atau Pembantu Tadbir. Bayangkan, jika kita kena VSS, nak mohon kerja lain, hanya ada SPM sahaja? Mampukah kita bersaing dgn lepasan SPM yg baru tamat sekolah itu? Adakah cukup dgn bergantung kpd rekod pengalaman kerja sahaja, utk meyakinkan Majikan baru?

Justeru, sebagai pekerja, kita perlu sentiasa ada Plan B. Tingkatkan Persijilan, Ilmu dan Kemahiran, dgn cara belajar sambil bekerja. Jika kita hanya ada SPM, maka usahakan belajar utk dapat Diploma. Supaya, jika terkena ‘sumpahan VSS’, kita ada Diploma utk memulakan kerjaya baru.

Sudah sampai masanya, kita mengambil tanggungjawab pada tangan kita sendiri utk mencartakan kerjaya kita. Kerana, sebaik manapun majikan kita, bila tiba gawat, kewangan syarikat goyang, maka pekerja lah yg akan di’korban’kan.

Jadilah pekerja bijak, buat persiapan menghadapi zaman gawat yg tidak tahu bila akan muncul. Jika ditakdirkan kita ditamatkan kerana VSS, kita ada kelayakan, kelulusan, tauliah dan kompetensi yg lebih baik, utk memohon kerja dan jawatan baru, di organisasi lain.

Inilah sebab utama, kenapa kita perlu Belajar Sepanjang Hayat; utk menambah nilai dan harga diri kita, dlm mencartakan laluan kerjaya kita.

#cernaminda
#memandaikananakbangsa
#belajarsepanjanghayat
#VSS
#MahirTVET
Cerna Minda Institute
Ir Ahmad Jais AsSyazili

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More