fbpx

DOSH Pantau Keselamatan Menggunakan Dron

Manfaatkan teknologi, kemalangan diatasi

Jabatan Ke­selamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) bakal pertimbangkan operasi pantau keselamatan menggunakan dron sekitar tapak pembinaan rentetan peningkatan kemalangan di tempat kerja.

kemalangan di tempat kerja

Nilai nyawa tidak boleh dianggap remeh sehingga berlengah-lengah dalam mewujudkan gerak kerja berpasukan yang efektif dalan menyelesaikan masalah meruncing ini. Semakin negara kita membangun mengejar pembangunan, sepatutnya masyarakat semakin celik akan soal keselamatan. Kita tak mahu membangun tetapi terpaksa berdiri atas korban-korban yang dikesalkan.
Oleh kerana itu, cadangan Menteri untuk pertimbangkan dan menggerakkan usaha pantau keselamatan menggunakan dron ini. Pemantauan ini akan membuka padang gerak kerja yang lebih luas dan melibatkan banyak pihak secara inklusif.

“Penggunaan dron akan dapat banyak membantu,”

 

;

Menteri berkata kementerian itu kekurangan instrumen dan teknologi seumpama itu yang boleh membantu DOSH menyelesaikan beberapa isu berkaitan aspek keselamatan dan kesihatan.

Sudah pasti, apabila tiada peralatan sedemikian, sukar nak mengambil banyak tindakan proaktif dinzaman revolusi – IR 4.0 ini. Niat mahu pantau keselamatan menggunakan dron dan terus aktif mengemaskini teknologi terbaharu mampu menangani masalah sejak dari awal.

“Kita mahu mengurangkan pergantungan pada manusia dan teknologi boleh membantu kita,”

Mengulas kejadian tanah runtuh itu, Kulasegaran berkata pihak DOSH akan menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden berkenaan dan masih terlalu awal untuk meletakkan hukuman ke atas pemaju projek berkenaan.

Beliau turut mengucapkan takziah kepada rakan dan anggota keluarga mangsa yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan itu dan berterima kasih kepada pertubuhan bukan kerajaan, Persatuan Merit Tzu Chi Buddha Malaysia, yang secara sukarela membantu menyediakan makanan kepada pasukan penyelamat dan pemberita di tempat kejadian.

Kejadian tanah runtuh di tapak projek jalan berkembar di Jalan Bukit Kukus pada 1.56 tengah hari Jumaat lepas itu mengakibatkan sembilan pekerja asing maut manakala empat cedera, selaincmenimbus 13 kontena dan rumah kongsi pekerja projek.