Telefilem RTM – DI SISI menyinggung minda separa sedar kita, untuk terus menerus bertanyakan kepada diri sendiri.

Kita tak pernah terfikir akan terlibat dalam kemalangan di tempat kerja sehingga hilang mata pencarian, bukan? Agak sukar untuk kita membayangkan bahawa suatu hari nanti kita akan hilang segala-galanya. Bagaimana pula nanti kehidupan kita ketika itu…susah untuk difikirkan.

Telefilem Di Sisi

Para bijak pandai sering berpesan agar bersedia sebelum terjadi sesuatu yang buruk. Antara caranya, adalah dengan menonton kisah-kisah duka sebegini, meneroka emosi dan ego seorang juara yang tewas. Sebuah Telefilem Khas di RTM 2 – DI SISI boleh menjadi saluran yang bagus untuk anda mengintai sedikit keadaan mencengkam jiwa ini tanpa perlu merasainya terlebih dahulu. DI SISI menceritakan tentang Jali, seorang peninju lumpuh yang masih egois menggengam penumbuk, tak mampu menerima keadaanya tewas di atas kerusi roda yang hanya mengharap belas ihsan keluarga.

 

Sebenarnya, Jali mewakili kita semua yang gagah menongkah lautan kerjaya. Ketika menikmati zaman kejuaraan, kita hampir-hampir sahaja terlupa akan waktu kejatuhan. Keunggulan kerjaya dan keselesaan memandang ke hadapan seolah-olah menutup kebarangkalian tersadung di tengah jalan. Tak pernah sekali pun kita nak ambil berat akan risiko kemalangan di tempat kerja. Mungkin ada, tetapi untuk membayangkan diri sendiri yang tewas, amat sukar, bukan?

 

Jali, sang peninju telah tewas dalam gelanggang tinju. Jatuhnya tersembam itu menyebabkan seluruh impiannya berkecah dihenyak lumpuh sebahagian anggota badan. Tiada lagi kejuaraan, tiada lagi kemahsyuran. Semuanya berlaku sekelip mata. Tewas sehingga lupuh merupakan kemalangan di tempat kerja yang perlu diambil serius. Ia bukanlah hukuman di gelanggang. Ia merupakan risiko besar yang seharusnya dielakkan dari awal lagi. Bergocoh biarlah tidak merisikokan nyawa!

 

Jali macam kita semua. Egonya sebagai seorang juara tak mampu terpadam. Apinya, masih marak. Jali tak sedar, rupanya, dalam kekalahan ini hanya kebajikan dan simpati sahaja yang layak buatnya. Udin, seorang anak yang setia berada DI SISI bapanya biarpun terpaksa menepis tinju ego. Jali seperti semua perwira di arena kerjaya yang tewas di kaki kemalangan di tempat kerja. Ketika segala-galanya sudah tiada, yang DI SISI adalah yang paling berharga.

 

+++++++++++++

Apabila kita sedang giat bekerja, kadang-kadang, tak pernah terjangka akan terlibat kemalangan. Bila dah terkena, ego masih lagi tak dapat melepaskan dendam kecewa. Selain keluarga dan sahabat handai berada di sisi, pastikan anda menjamin kebajikan terjaga dengan bersedia dengan payung sebelum hujan.

“Sekurang-kurangnya, daftar PERKESO dan mencarumlah.” Mungkin itu yang tindakan paling segera yang mampu kita lakukan bila dah tersedar lewat telefilem DI SISI ini.

+++++++++++++

Saksikan siarannya pada
19 Oktober 2018
Pukul 9.30 malam
TV2

TONTON ONLINE DI SINI (MYKLIK)

https://myklik.rtm.gov.my/telemovies/Di_Sisi?jwsource=cl