fbpx

CMI Bakal Menawarkan Program Diploma didalam Fiber Optik dan Radio Telekomunikasi

Pogram kerjasama pakar dari Industri untuk warga kerja bidang fiber optik dan radio komunikasi

Cerna Minda Institute terus memantapkan usahanya dalam memberi peluang meningkatkan nilai akedemik, kompentasi dan kerjaya golongan pekerja dengan kertas cadangan terbarunya iaitu Professional Diploma in Fiber Optics and Radio Telecommunication yang akan diangkat kelulusannya bersama pusat pengajian tersohor Universiti Teknologi Malaysia melalui cabang mereka iaitu UTMSPACE.

Pogram terbaru ini mensasarkan mereka yang bekerja didalam bidang pemasangan dan penyelanggaraan rangkaian fiber optik dan rangkaian radio telekomunikasi,

Ketua Pegawai Eksekutif dan Perunding Utama CMI menunjukkan senarai kandungan yang akan di angkat kelulusan oleh senate UTMspACE

Professional Diploma ini terdiri 12 modul subjek yang akan dipelajari dan bakal graduan juga akan dianugerahkan pengiktirafan industri melalui pensijilan Certified Fiber Optic Technician (CFOT) dari The Fiber Optic Association, Inc. bersama sama dengn Professional Diploma yang dikeluarkan oleh UTMsPACE.

Pogram ini dirangka khusus untuk meningkatkan lagi kemahiran para penuntutnya dan memberi pengiktirafan industri atas kepakaran yang akan diperolehi mereka. Ia diharapkan dapat memberi peluang kedua kepada mereka yang tercicir tetapi telah mempunyai penggalaman bekerja didalam bidang ini sekurang kurangnya 3 tahun minima untuk menyambung pelajaran seterusnya dapat meningkatkan gaji dan taraf hidup.

Pogram ini juga merupakan usahasama strategik antara pakar industri didalam kejuruteraan fiber optik dan instrument rangkaian telekomunikasi iaitu Significant Technologies Sdn. Bhd. (SIGTECH) dan SKMG Asia Technology Sdn. Bhd. Kerjasama amat penting bagi Cerna Minda Institut (CMI) kerana dasar kesungguhan CMI untuk memastikan kandungan dan modul yang ditawarkan adalah menepati keperluan teknikal dan kompentasi terkini industri bukan sekadar akademik semata mata.