Cerna Minda Menjalin Kerjasama dengan NGO Gerakan Memandaikan Anak Bangsa untuk Pembelajaran Sepanjang Hayat dan Hak Sosial

Cerna Minda Institut terus memantapkan bidang pendidikan sepanjang hayat dan hak sosial dengan kerjasama erat NGO Gerakan Memandaikan Anak Bangsa (GerakanMAB)

Menjadi dasar utama Cerna Minda Institut untuk menyokong usaha memastikan pembelajaran sepanjang hayat dan hak sosial dapat dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat terutamanya mereka yang tidak berkemampuan. 

Cerna MInda Institut (CMI) sebagai entiti perniagaan telah mengadakan perbincangan yang bersungguh bersama Gerakan Memandaikan Anak Bangsa (GerakanMAB) untuk menyumbang kepakaran, tenaga dan modal bagi memastikan usaha murni ini dapat dilaksanakan.

Antara pogram yang akan dilaksanakan dibawah pogram pembelajaran sepanjang hayat adalah kelas pengajian Al Quran berstruktur untuk kanak – kanak, dan dewasa, kelas khas kajian Tajwid, Kelas kitab Thurat. pogram tuisyen gerak gempur untuk pelajar SPM dan banyak lagi.

Untuk menyokong usaha ini Cerna Minda Institut (CMI) juga bercadang untuk mendermakan RM50.00 bagi setiap yuran yang diterima dari cabang perniagaan mereka kepada Gerakan Memandaikan Anak Bangsa untuk menyokong dan menampung perlaksanaan pogram yang dirancang. 

Usaha pembelajaran sepanjang hayat dan memandaikan anak bangsa ini diharapkan berjaya dilaksanakan dan seterusnya mengangkat masyarakat yang berilmu duniawi mahupun ukhrawi.

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More