Cara membuat WPA (Workplace Assignment)

Cara membuat WPA yang mengikut piawaian dan format yang betul.

Tugasan Tempat Kerja atau Workplace Assignment (WPA) adalah satu dokumen wajib untuk disediakan bagi mereka yang mengambil peperiksaan SHO kertas ke 4.

Berikut adalah senarai piawai tugasan yang perlu di buat, isi kandungan dan format yang perlu ada didalam Tugasan Tempat Kerja (WPA).

Tips : Masukan semua format yang digariskan untuk mendapat markah yang tinggi.

TUGASAN TEMPAT KERJA

1. Anda perlu memilih satu tempat kerja. Ia boleh terdiri daripada keseluruhan tempat kerja atau satu bahagian di tempat kerja tersebut.
2. Kenal pasti sekurang-kurangnya 6 hazard antara hazard keselamatan dan hazard kesihatan (wajib masukan sekurang-kurangnya 2 hazard kesihatan di tempat kerja). Bincangkan teknik yang digunakan untuk mengenal pasti setiap hazard tersebut.
3. Anggar risiko-risiko keselamatan dan kesihatan yang wujud daripada setiap hazard tersebut.
4. Senarai dan susun enam hazard yang telah dikenalpasti mengikut tahap kekritikalan risikonya. Tentukan hazard keselamatan dan hazard kesihatan yang paling kritikal.
5. Cadang dan bincangkan langkah-langkah kawalan untuk menghapuskan atau mengurangkan kedua-dua risiko hazard-hazard kritikal tersebut.
6. Sarankan program semakan semula terhadap langkah-langkah kawalan yang dinyatakan dalam perkara (5) untuk memastikan kecekapan pengurusan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

FORMAT LAPORAN
1. Tugasan ini mesti ditaip dengan jelas menggunakan samada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
2. Tulisan yang digunakan mestilah Times New Roman yang bersaiz 12 dan menggunakan langkau 2 baris (double spacing) kecuali tajuk halaman dan abstrak 1 baris (single spacing).
3. Margin kiri dan kanan mestilah berukuran 2.5 cm, manakala margin atas dan bawah mestilah berukuran 3 cm dan diformatkan kepada saiz kertas A4.
4. Gunakan sebelah halaman kertas sahaja.
5. Laporan mesti mempunyai muka depan (lampiran 1) dan dijilid secara “comb binding”.

Berikut adalah susuna format yang perlu di lampirkan didalam meyediakan WPA beserta markah yang telah ditetapkan

1. ABSTRAK (10 markah)
1.1. Ringkasan mengenai latarbelakang laporan, objektif laporan, kaedah yang digunakan dan hasil yang diperolehi, saranan kawalan yang dibuat untuk memanfaatkan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

2. PENGENALAN (8 markah)
2.1. Satu keterangan ringkas mengenai organisasi dan tempat kerja yang dipilih.Keterangan tersebut mestilah meliputi carta organisasi, bilangan pekerja, aktiviti,proses kerja keseluruhan, proses kerja untuk laporan secara spesifik dan
2.2. persekitaran kerja dari segi keselamatan dan kesihatanSebarang gambarajah dan gambar foto yang dirujuk dalam teks boleh dimuatkandalam seksyen ini atau dalam lampiran.

3. OBJEKTIF (3 markah)
3.1. Nyatakan objektif laporan.

4. KAEDAH (21 markah)
4.1. Terangkan tiga kaedah yang digunakan untuk mengenalpasti hazard keselamatan dan kesihatan tersebut
4.2. Terangkan secara terperinci kaedah penaksiran risiko (anggaran risiko dan penilaian risiko). Sediakan matriks yang digunakan, keterangan kebarangkalian dan keterukan dan tindakan yang perlu diambil.

5. HASIL DAN PERBINCANGAN (20 markah)
5.1. Nyatakan dan jadualkan 6 hazard (sekurang-kurangnya 2 hazard kesihatan) mengikut tahap kekritikalan risikonya.
5.2. Susun hazard berdasarkan ‘rating’ risiko yang diperolehi.
5.3. Rasionalkan pilihan anda dan mengikut hazard yang paling kritikal (1 hazard keselamatan dan 1 hazard kesihatan ).
5.4. Terangkan kesan setiap risiko keselamatan dan kesihatan yang paling kritikal yang telah dikenalpasti kepada organisasi.

6. SARANAN (30 markah)
6.1. Terangkan secara terperinci langkah-langkah kawalan mengikut hirarki kawalan risiko (langkah pencegahan dan pembetulan) yang dicadangkan untuk mengawal HAZAD KESELAMATAN yang paling kritikal.
6.2. Terangkan secara terperinci langkah-langkah kawalan mengikut hirarki kawalan risiko (langkah pencegahan dan pembetulan) yang dicadangkan untuk mengawal HAZAD KESIHATAN yang paling kritikal.
6.3. Terangkan langkah-langkah semakan semula yang dicadangkan terhadap langkah-langkah kawalan di dalam sub-seksyen 6.1 dan 6.2.
6.4. Bincangkan keuntungan daripada saranan dalam sub-seksyen 6.1 dan 6.2 kepada organisasi.

7. RUJUKAN/SUMBER (3 markah)
7.1. Senaraikan semua rujukan yang dirujuk dalam laporan ini. Maklumat seperti nama pengarang, tajuk, penerbit dan tahun hendaklah dinyatakan. Contoh:

Rujukan buku :Hillman,Multimedia Technology and Application.Delmal Publisher.1998

Rujukan laman web :OSHA.Personal Protective Equipment.OSHA 1995 http://www.osha.gov/oshpubs/perpro.html

Pastikan rujukan-rujukan ini adalah rujukan silang di dalam di dalam teks.

8. LAMPIRAN (5 markah)
Hanya lampiran yang telah dirujuk di dalam laporan sahaja perlu dilampirkan seperti gambarajah, diagram, laporan, gambar, borang soal selidik dan sebagainya.

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More