KESIHATAN MENTAL DI TEMPAT KERJA: JANGAN AMBIL REMEH

Aduhai. Dalam pada kita merisaukan tingginya risiko tekanan dan masalah kesihatan mental di tempat kerja, kita pula menerima berita hanya 140 ahli psikologi klinikal yang bertugas sepenuh masa di institusi kesihatan awam. Ia ibarat masalah yang ditimpa masalah. Walaupun ramai orang tak menyedarinya sebagai sebuah masalah, kesihatan mental di tempat kerja merupakan salah satu punca penting jatuhnya prestasi pekerja.

Kesihatan Mental Di Tempat Kerja

Benarkah begitu?

Apakah pekerja benar-benar perlu cakna hal kesihatan mental di tempat kerja?

Tahukah anda? Kira-kira 1 dari 3 orang rakyat Malaysia berpotensi atau sedang ada masalah kesihatan mental di tempat kerja. Maksudnya, jika anda sedang duduk bertiga di pejabat sekarang, orang ketiga itu ada mungkin masalah kesihatan mental.
 
Eh, jangan panas punggung lagi. Fahami dulu apa itu masalah kesihatan mental. Masalah mental di tempat kerja boleh jadi terbit dari pelbagai keadaan, antara; stress di tempat kerja, tekanan kewangan yang sempit dan juga faktor-faktor dalama dan juga luaran. Mungkin anda tak perasan, rasa geram anda terhadap mesin photostat itu rupa-rupanya tanda anda sedang dalam teruji dengan masalah kesihatan mental di tempat kerja. Itu baru satu contoh.
 
Untuk mendapatkan prestasi kerja berkualiti, anda perlu pastikan kesihatan mental berada di tahap memuaskan. Ingat, ya! 70% daripada pekerja di Malaysia berada di zon mempunyai stress di tempat kerja.
Psikososial
 
Berbalik kepada angka 140 doktor ahli psikologi klinikal. Anda tahu apa masalahnya sehingga perlu kita ambil berat? Ya! Pasti kita terbeban dengan persoalan bagaimanakah jumlah 70% dari pekerja di Malaysia itu nak cari nasihat dan bantuan kesihatan mental jika ahlinya yang bertugas itu kurang?
 
Sudahlah ramai yang bermasalah, doktornya pun sedikit. Ini menambah kebimbangan, bukan? Masalah memang masalah. Namun, jangan pula ambil tindakan menjauhkan diri. Bertindaklah seadanya. Baca artikel kami berkenaan Psikososial. Ia sangat berkaitan secara langsung dengan topik kesihatan menta di tempat kerja ini. KLIK : PSIKOSOSIAL.

Mulakan dengan diri anda, galakkan diri sendiri dan keluarga untuk berasa selesa menziarahi doktor psikologi klinikal. Biarkan lebih ramai pelajar-pelajar bidang kedoktoran berasa bersemangat untuk masuk ke dalam bidang lebih khusus ini dan hadir membantu 70% pekerja tadi.
kesihatan mental
 

Mulakan dengan diri anda. Sudahkan anda menyemak tahap kesihatan mental anda?

Tak mahu ambil tahu? Janganlah begitu.

++++++++++++++++
Menguruskan tekanan di tempat kerja merupakan salah satu komponen penting dalam menjadi seorang Pegawai Kesihatand an Keselamatan Pekerjaan.

Mahirkan dan dalami seni pentadbiran keselamatan dan kesihatan pekerjaan bersama kami di Cerna Minda
Daftar Diploma Professional in OSH and Management (UTM SPACE) untuk tahun 2019 sekarang!
Hubungi En Suhaimi di +601110040387

CERNA MINDA
Terbina, Membina ISO 9001:2015
(Provision Of Management System Consultancy and Training Services)

CERNA MINDA merupakan pakar penilai audit ISO, pengendali latihan kompetensi industri OSH dan pembangun modal insan yang berwibawa.

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More