fbpx

Berapa Gaji orang baru untuk OSH?

0 278

OSH Junior, berapa gaji yang boleh saya dapat?
=======================
Alkisah saya ditanyakan soalan ini. Bukan sekali dua tetapi banyak kali. Baru-baru ini ada lagi yang tanya saya;
.

“Puan, saya baru lulus semua paper SHO. Saya dapat tawaran jadi OSH executive. Gaji dibayar RM2300. Adakah basic gaji ini OK? Ada yang kata basicnya rendah sangat. Mohon pandangan Puan adakah saya patut terima?”.

Kepada newbies OSH yang saya sayangi, mari saya kongsi sedikit pandangan saya. Saya tiada jawapan berapa RM tetapi baca isi dibawah

1) Bersyukurlah dapat tawaran kerja. Ada yang langsung tidak dipanggil interview
– bersyukurlah jika nama anda termasuk dalam senarai yang dipanggil untuk hadir temuduga
-bersyukurlah anda ditawarkan gaji disaat ada insan yang bekerja tidak dibayar gaji dan ada yang gaji lebih rendah daripada kita
-bersyukurlah dapat kerja disaat berpuluh ribu orang dibuang kerja dan yang tiada kerja

2) Terima sahaja kerja tersebut
-pedulikan apa yang orang nak kata. “Gaji kecilah, gaji tak padan dengan kelulusanlah.”

Just go for it!- ada yang kata anda “menjatuhkan market gaji orang OSH”. Usah ambil pot apa yang orang kata. Jika kita jatuh terduduk tanpa gaji pun, ada orang lain kisah ke?
-usah berkira jika ianya kerja PERTAMA anda. Peluang datang hanya sekali. Rebut peluang tersebut sebelum orang lain ambil.Usah berkira disaat kita hanya ada sijil lulus SHO

3) Persaingan sengit
– zaman sekarang berbeza dengan zaman senior terdahulu. Zaman kami dahulu boleh bilang dengan jari berapa orang yang ambil kursus SHO. Berapa orang yang lulus
-zaman ini beratus orang dan mungkin beribu yang hadir kursus SHO setiap tahun
– jika belum ada pengalaman tetapi telah ditawarkan kerja, bermakna anda insan terpilih disaat saat orang lain tersepit di dalam persaingan yang sengit

4) Gali pengalaman
– sangat – sangat penting dapat kerja dahulu. Gaji akan jadi NO2. Dulu-dulu mungkin gaji jadi syarat NO1.
– bagi newbie OSH, dapat KERJA adalah perkara NO1 dahulu. Macam mana nak praktis jadi pengamal OSH jika anda tiada kerja?
– dapat sahaja kerja, galilah ilmu dan pengalaman kerja sebaik yang mungkin
– dah ada 2-3 tahun pengalaman dan berjaya praktikan ilmu OSH yang anda telah belajar, barulah anda lebih yakin melangkah
-cukup sahaja pengalaman yang ada, usah sekali2 bertangguh untuk daftarkan diri sebagai SHO yang kompeten

5) Buat sehabis baik
– kerja pertama akan menjadi titik tolak untuk anda lebih ke hadapan
– belajar dan terus belajar semua proses kerja yang ada di tempat kerja pertama ini.
-bina hubungan baik dengan semua peringkat pekerja sama ada peringkat bawahan dan atasan
-asah soft skill anda seperti basic presentation, computerised, communication, report writing, time mgmt dll
– jika perlu korbankan masa untuk stay back, overtime dll, ikutkan sahaja. Belajar dan belajar membina kekuatan dan tahan lasak diri.
– beri 200% effort untuk kerja pertama ini bagi membuka pintu dan peluang utk anda pergi lebih jauh
-nilai tambah dan kesungguhan anda pasti berbaloi sekiranya pihak pengurusan melihat anda sebagai sebutir permata OSH yang boleh digilap.

Panjang lebar saya ulas bab gaji ini. Lepas ini usah tanya saya berapa gajinya kerana saya tiada jawapan. Jawapan berapa gaji yang bakal anda miliki terletak kepada nilai usaha yang bakal anda beri.

Yakin dan percaya lah bahawa gaji yang kecil yang anda terima sekarang akan melonjak ke 3, 4 kali ganda pada masa yang akan datang sekiranya anda faham dan nampak apa yang ingin saya sampaikan. Anda nampak?😎😎😎

#sihatselamatsejahtera
#AkupengamalOSH
#OccupationalSafetyHealth

 

Tentang Penulis:


Puan Norwani Binti Ahmad

Seorang Pengamal Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Professional Trainer, Speaker, Motivator dan Penulis buku OSH.
Boleh mengikuti Page beliau di : www.facebook.com/norwaniosh

Leave A Reply