Belajar Sepanjang Hayat, tanpa had umur, batasan bahasa, geografi dan kewangan, demi Memandaikan Anak Bangsa

Lifelong Learning atau Belajar Sepanjang Hayat kini sudah menjadi suatu yg lumrah, ditawarkan oleh Universiti dan Pusat Pengajian ternama seluruh dunia, khususnya di negara barat.

Saya terkenang, pada hari pertama saya hadir ke kelas Sarjana saya, utk program MSc. in CCDSP (Master of Science in Communications, Control and Digital Signal Processing) pada awal dekad 90an lalu, sosok lelaki pertama yg saya temui amat berusia, berjambang putih dan lebat, kepalanya botak pada bahagian hadapan, dan kelihatan amat ‘matured’. Pada sangkaan awal saya, mungkin ini Profesor yg akan mengajar saya sebentar lagi. Maka sayapun menyapa lelaki itu.

Saya terkejut, kerana katanya, beliau juga baru mendaftarkan diri utk memasuki kelas Sarjana yg sama dgn saya.

What? At this age, you still want to do your Master? Terlontar persoalan dari mulut saya. Jawab beliau tenang; “Well, learning never ends, and I embrace the culture of Lifelong Learning”.

Itu antara peristiwa, yg memberi kesan dalam lubuk hati saya, akan erti Belajar Sepanjang Hayat. Usia sudah lebih separuh abad, masih gigih masuk kelas dan belajar. Bukan seorang dua, tapi ramai lagi seperti beliau.

Di University of Strathclyde tersebut, memang ada Centre for Lifelong Learning, yg khusus mengkhidmati para murid tua, atau penuntut dewasa, atau istilah mereka ‘Adult Students’.

Kadangkala saat saya mahu pulang dari Makmal pada waktu petang atau malam, apabila melalui Centre for Lifelong Learning itu, suasana masih meriah dan ramai yg baru tiba utk sesi kelas malam. Ada yg belajar Psikologi, Arts atau Seni, Human Resource, History dan macam-macam bidang lagi.

Begitulah budaya Belajar Sepanjang Hayat di sana, tanpa batas usia dan halangan masa.

Sebenarnya, dalam budaya Muslim dan Alam Melayu pun, kita tidak kurang dgn Lifelong Leaning ini. Contohnya sesi Kuliah-Kuliah Pengajian di Masjid dan Surau, saban hari, menerusi Kuliah Subuh, Kuliah Maghrib, Kuliah Dhuha dan Zohor, dan banyak lagi, adalah budaya ilmu yg amat baik dan wajar dipertahankan, bahkan diperkukuhkan.

Alangkah indahnya, jika sesi-sesi Belajar Sepanjang Hayat ini dapat disuburkan, dikembangkan, diinstitusikan dan diiktiraf sbg salah satu agenda besar dalam Perjuangan Memandaikan Anak Bangsa.

Peluang, ruang dan kemudahan utk warga kerja industri menuntut ilmu, menambah persijilan, meningkatkan ilmu dan kemahiran serta peluang kemajuan kerjaya, wajar dibuka seluas-luasnya. Kelas utk orang dewasa (adult learning) adalah satu yg baik, kerana di sana memang ada golongan yg lambat menyahut seruan belajar, sudah bekerja beberapa lama, ada pengalaman kerjaya dan hidup yg pelbagai, baru terbuka dan tergerak hati mereka utk kembali menjadi penuntut ilmu.

Justeru, mengendalikan kelas dewasa ini, perlu dedikasi, bukan tempelan. Module dan Format Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) juga wajar disesuaikan dgn keperluan penuntut dewasa ini. Pengalaman hidup dan kerja mereka, sebaiknya diambilkira dalam penawaran subjek dan program yg ingin mereka sertai.

Bagi Penuntut Dewasa (Adult Learner) pula, mereka perlu punyai semangat yg tinggi utk menimba ilmu, daya juang dan daya tahan yg utuh utk kembali ke bilik darjah. Perlu korbankan masa dan wang ringgit utk mengejar impian dan cita-cita murni ini, utk akhirnya melangkah kaki mendaki tangga di Pentas Konvokesyen.

Saya ada pengalaman, menjadi ‘Adult Learner’ di suatu daerah yg amat asing, selama 3 bulan. Kira-kira 10 tahun selepas pulang dari UK, saya mohon dgn Majikan saya utk tambah persijilan dan pentauliahan dlm bidang Aviation.

Saya berkelana ke Moscow Aviation Institute utk tujuan tersebut. Cabarannya maha hebat; sudahlah berjauhan dari anak dan isteri, 3 bulan duduk dlm cuaca dingin ekstrem pada musim sejuk (suhu turun ke minus 20 degree Celcius), tanah disaluti salji putih seputih2nya, tinggal bersama2 kelompok manusia yg tidak saya fahami bahasa mereka, dan mereka amat sedikit (bahkan skeptikal) bertutur English. Namun semua itu dihadapi jua, atas Semangat Belajar Sepanjang Hayat yg saya yakini.

Kini, apabila mengendalikan pelbagai program di Cerna Minda Institute, saya semakin yakin, bahawa peluang utk belajar dan terus belajar itu, adalah satu keperluan kpd para ‘penuntut dewasa’ ini. Masing-masing mungkin punyai kisah silam tersendiri kenapa mereka tidak teruskan pengajian selepas tamat persekolahan, bukan tugas kita utk menyiasat. Yg utama, kini mereka mahu belajar, maka tugas kita adalah menyediakan peluang utk mereka kembali belajar.

Peluang kemajuan kerjaya sentiasa ada, bagi mereka yg mahu terus belajar….

Moga Allah permudahkan segala urusan kita, utk Memandaikan Anak Bangsa.

#cernaminda
#memandaikananakbangsa
#belajarsepanjanghayat
#GerbangKerjaya
#MahirTVET
#Ir Ahmad Jais AsSyazili

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More