APA AKAN JADI BILA ANDA MATI ATAU KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA?

Nauzubillah, minta doa jauh-jauh dari kecelakaan atau kemalangan di tempat kerja sehingga membawa kepada kematian. Sehari-harian kita pergi bekerja dari pagi sehingga ke petang dan ada yang membawa ke malam mencari rezeki untuk anak dan keluarga. Tapi, bila dikejutkan dengan berita-berita kematian di tempat kerja di dada akhbar, terasa gerun pula di hati.

sho, hazard, death at workplace, safety committee, safety officer
Mungkin anda juga boleh terlibat dalam kemalangan di tempat kerja

Biasanya kalau para Safety and Health Officer (SHO) memberi teguran dan nasihat dengan mimik muka tegas, ramai yang memperlekehkan apa yang mereka lakukan. Tapi, sebenarnya, di sebalik wajah garang SHO ni, sebenarnya, mereka nak anda selamat dan dibela. Lebih utama, segala punca kemalangan atau kematian dapat dielakkan.

Tapi, kalau berlaku juga? Baik. Kita perlu fikir proaktif. Pandang ke hadapan. Jika ditakdirkan cedera ketika bekerja sehingga meragut nyawa, kita perlu tahu apakah yang sebenarnya bakal terjadi selepas pemergian kita. Apakah kita menjadi seperti apa yang diperlakukan kepada pekerja kontrak dalam filem ONE TWO JAGA?

Berikut adalah senarai 4 perkara kami siapkan buat rujukan untuk anda. Sekurang-kurangnya, keluarga anda tahu anda dibela.

1) KEMATIAN ANDA PERLU SEGERA DILAPORKAN DAN DISIASAT SAFETY COMMITTEE

Anda perlukan pembelaan. Tak kira sama ada anda bekerja kontrak di tapak pembinaan bangunan pencakar langit ataupun sebagai eksekutif di kamar pejabat, kematian anda di tempat kerja perlulah dilapor dan disiasat. Sebuah jawatankuasa keselamatan yang sememangnya sedia ada dibentuk dalam syarikat akan menjalankan pelan tindakan tersusun menganalisis punca dan butiran kejadian.

Kami pernah menulis tentang sebuah filem Perancis berkaitan kematian di tempat kerja. Sudah baca? Klik di sini untuk baca. Tapi, jaga-jaga ya! SPOILER ALERT.

sho, hazard, death at workplace, safety committee, safety officer, socso
Safety Committee adalah pasukan penting yang perlu diwujudkan sebelum apa-apa kecelakaan berlaku

Kematian anda akan dibela seadilnya. Oleh sebab itu, semua pekerja perlu prihatin tentang info sebegini. Jika syarikat tempat anda bekerja (tak kira sama ada besar atau kecil) tiada pelan tindakan berkenaan keselamatan dan kesihatan di lokasi, maka, anda perlu berasa tidak selesa dan harus cuba bertanyakan tentang kebajikan anda segera kepada HR Department. Pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP atau DOSH) di bawah Kementerian Sumber Manusia sangat mengambil berat tentang anda.

Klik untuk contoh borang laporan kemalangan di tempat kerja

Syarikat besar perlu ada Safety Committee yang memantau dan menjadi tulang belakang kepada pembelaan kematian anda. Bayangkan betapa bersyukurnya keluarga anda bila tahu ada yang menyokong kebajikan mereka. Tak kisahlah kematian anda berpunca dari apa jua sebab, sama ada secara langsung atau tidak langsung, siasatan akan dijalankan dengan seadilnya.

2) KELUARGA PERLU BERGEGAS MEMOHON TUNTUTAN PERKESO (SOCSO)

Setiap bulan, majikan akan potong duit gaji anda sedikit untuk caruman PERKESO (SOCSO). Ya, tak banyak. Majikan juga ada mencarum secara tambahan untuk anda. Kalau dah bekerja 10 tahun, banyak juga dikumpul-kumpul. Anda perlu tahu berapa jumlah terkumpul dan pastikan ia direkod. Jangan mudah-mudah sahaja percaya kepada HR Department tanpa menyemak slip gaji anda.

Tahukah anda? Ramai majikan yang konon-konon memotong gaji anda atas nama SOCSO, tetapi, rupa-rupanya duit tidak dicarumkan pun ke dalam akaun SOCSO. Anda perlu tahu apa hak dan tindakan sewajarnya untuk pastikan caruman itu dilakukan dengan sempurna. Rujuk di sini jika tak tahu.

sho, hazard, death at workplace, safety committee, safety officer
Pastikan anda mencarum Perkeso sebagai payung sebelum hujan kalau-kalau berlaku kemalangan di tempat kerja.

Apa fungsinya? Semua orang tahu, jika ada kecelakaan di tempat kerja (sama ada sewaktu nak pergi kerja, sewaktu bekerja atau sewaktu nak pulang), anda boleh menuntut elaun dan bayaran hasil dari caruman anda bertahun-tahun itu. Jika berlaku kematian sekalipun, tuntutan masih boleh dilakukan pihak keluarga. Pastikan anda tahu dan sentiasa mendidik keluarga mengambil tahu tentang kebajikan yang disediakan melalui saluran SOCSO ini.

Sangat sedih mengenangkan tentang kematian diri sendiri ini. Namun, ingatlah! Sekalipun anda terpaksa pergi dari dunia ini, pastikan keluarga ditinggalkan dalam keadaan baik dan sejahtera. Tahukah anda? Jika berlaku kematian kpd pencarum SOCSO sebelum usia 60 tahun, anak2 si mati berusia bawah 21 tahun layak mendapat elaun bulanan sehingga berusia 21 tahun atau sehingga berkahwin yg mana terdahulu. Waris si mati iaitu isteri akan mendapat elaun bulanan sepanjang hayat.

Tapi, ingat! Mencarumlah segera. Syarat awalnya mestilah sudah mencarum 2 tahun.

3) KELUARGA BOLEH MEMINTA PAMPASAN DARIPADA MAJIKAN ANDA

Jasa anda kepada syarikat tidak boleh dipandang rendah. Setiap titik peluh dan masa yang dikorbankan bagi membangunkan syarikat perlu dihargai. Nyawa anda yang diragut akibat kemalangan perlu dipandang mulia. Sudah pasti ia tidak boleh diganti, tetapi, sekurang-kurangnya sedikit pampasan daripada pihak majikan sudah pasti meringankan beban.

Ia bukan soal duit atau materialistik. Tetapi, bagi menghargai erti nyawa.

sho, hazard, death at workplace, safety committee, safety officer, socso
Nyawa ada harganya, perlu dihormati.

Untuk itu, ketika anda sedang bekerja kini, pastikan anda membina hubungan yang baik dengan semua orang. Pastikan anda menjalinkan persahabatan dengan rakan sekerja sama seperti anda cuba memperbaik hubungan dengan bos anda. Hubungan baik sesama manusia ini akan membuka pintu empathy seluas-luasnya bagi membela keluarga ketika ketiadaan anda. Pampasan itu hanyalah sekadar token mempersembahkan penghargaan dan kasih sayang.

Amat malang, jika anda bekerja lebih 10 tahun, namun, hubungan di tempat kerja tidak dijalinkan dengan mesra. Mohon simpang. Tapi, jika anda terlibat dalam kecelakaan, bagaimanalah nasib keluarga anda, apabila anda tiada?

4) MAJIKAN AKAN MULA MENGETATKAN SAFETY PRECAUTION DI TEMPAT KERJA

Jika sebelum ini, syarikat tempat anda bekerja tak menunjukkan minat terhadap latihan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Ketika inilah, majikan akan mula nak buka jawatan SHO. Ketika inilah banyak pembaharuan dari sudut keselamatan yang dilakukan. Semua staff perlu patuhi dan menjalani latihan. Berita buruk yang mereka terima akibat kemalangan yang berlaku akan mendorong mereka bersungguh-sungguh untuk mengelakkan kejadian seperti itu berlaku lagi.

sho, hazard, death at workplace, safety committee, safety officer, socso
Antara program kesedaran keselamatan pekerjaan dan kemalangan di tempat kerja

Sekalipun ada yang berkata ia sudah terlambat, sebenarnya, tidak ada istilah terlalu lambat bagi memperketatkan safety precaution. Keluarga anda pasti berbangga jika mendapat tahu pihak majikan mengambil langkah proaktif sebegini.

Tapi, kalau majikan buat-buat tak tahu, lalu, menyorokkan berita kematian anda, atau lebih teruk meletakkan pertuduhan di bahu anda, tindakan agresif terhadap majikan perlu dilakukan. Keluarga perlu berdepan dengan majikan dan mendesak diberi perhatian sewajarnya. Keluarga perlu berani bertindak. Baca elok-elok artikel ini untuk menghadam tugas-tugas seorang Safety Officer supaya hujah anda kuat dalam membela mangsa kemalangan di tempat kerja.

Adukan kepada Pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP atau DOSH) di bawah Kementerian Sumber Manusia segera jika tak mampu berdepan bersendirian.

5) KEMATIAN ANDA AKAN MENJADI SALAH SATU ANGKA DALAM STATISTIK KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA

Data-data akan dikumpulkan setiap tahun dan dianalisis bagi menjadi rujukan tahap keselamatan pekerja di pihak Kementerian Sumber Manusia. Bagi orang ramai, mungkin statistik ini sekadar angka dan tiada nilai. Namun, bagi keluarga si mati atau mangsa kecederaan, ia menunjukkan betapa kritikalnya sesuatu keadaan pada satu-satu masa.

Seharusnya para majikan, SHO dan pekerja akan mula menginsafi punca-punca kemalangan yang memungkinkan tragedi yang tak diingini. Statistik akan diterbitkan dan dibiarkan dibaca untuk tindakan susulan diambil. Masyarakat awam boleh menginsafi betapa gerunnya hal kemalangan ini.

sho, hazard, death at workplace, safety committee, safety officer, socso
Sama ada dalam perjalanan, sewaktu di tempat kerja atau sewaktu pulang, anda masih berisiko untuk kemalangan.

PEMBELAAN TERHADAP KEMATIAN YANG SEBENAR ADALAH MEMASTIKAN TIADA LAGI KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA BOLEH BERLAKU.

Ya! Mungkin artikel ini membayangkan kalau-kalau anda yang diragut nyawa. Namun, dengan membayangkan kecelakaan tersebut berlaku terhadap diri sendiri, mungkin kita akan terdorong untuk melakukan perubahan. Bukan niat kami di CernaMinda.com untuk menakutkan atau mencabar sesiapa pun. Sekadar berkongsi keprihatinan.

Pada tahun 2008 sahaja, seramai 981 kematian akibat kemalangan di tempat kerja telah berlaku. Itu menurut sebuah kajian yang merujuk kes sepanjang 1998 sehinggalah 2008. Untuk tahun yang terkini, angkanya sekitar figura yang sama. Rujuk laporan-laporan di laman web DOSH ini.

Apakah kita tak terkecuali dari risiko ini?

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More