fbpx

APA ITU CERNA MINDA INSTITUTE?

CERNA MINDA INSTITUTE (CMI) merupakan Pusat PENINGKATAN PENDIDIKAN, KOMPETENSI dan KERJAYA yang mempunyai lebih 10 tahun pengalaman dan kepakaran dalam bidang pendidikan dan latihan. Program yang ditawarkan adalah yang terkini dalam memenuhi keperluan industri. sehingga kini seramai 700 pelajar dan pelatih telah bersama Cerna Minda.

CERNA MINDA INSTITUTE (CMI) diiktiraf sebagai PUSAT BERTAULIAH  dibawah Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerja, NIOSH dan Kementerian Kesihatan bagi program pensijilan kompetensi. CMI juga berkerjasama rapat dengan rakan kolaborasi yang pakar di sektor masing-masing bagi memastikan program yang ditawarkan memenuhi kehendak kompetensi dan industri.

CERNA MINDA INSTITUTE juga merupakan pusat pengurusan program untuk UTMSPACE dan UMP ADVANCE bagi program Professional Diploma, Bachelor Eksekutif dan Master Eksekutif.

CERNA MINDA INSTITUTE menawarkan beberapa program Professional Diploma bagi mereka yang telah bekerja selama 3 tahun dan ingin memiliki diploma. Antaranya ialah, Professional Diploma in OSH Management (PDOSHM), Professional Diploma in Supervisory Management (PDSM) dan Professional Diploma in Industry Environmental Management (PDIEM).

Peserta yang menyertai program kami akan menerima dua (2) sijil iaitu :-

  • Sijil Diploma (UTM)
  • Certificate (Industri)

DI IKTIRAF & BERTAULIAH OLEH

RAKAN KERJASAMA DAN KOLABORASI

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More